HASIL BERBALOI! JURUFOTO MENGAMBIL MASA YANG LAMA MENUNGGU DI GALERI SENI UNTUK MENDAPATKAN HASIL KERJA SENI SEPERTI INI

Kebanyakan pengunjung akan berasa bosan apabila berada di muzium atau galeri seni untuk jangka masa yang lama kecuali lelaki ini. Seorang jurufoto bernama Stefan Draschan berasa seronok berada di galeri seni setiap hari sambil menghasilkan satu projek hasil seni yang unik dan melucukan.

Salah satu projek seni bernama ‘People matching artwork’ memperlihat kan kesabaran Stefan Draschan ketika berada di muzium dan galeri seni setiap hari. Imej yang di paparkan sangat sempurna dan sesuai dengan tema.

Jurufoto Stefan Draschan berasa seronok melawat muzium yang berbeza di Paris, Vienna dan Berlin, dengan sabar menunggu para pengunjung yang datang melihat lukisan dengan pakaian mereka yang kebetulan sama. Dan imej yang di paparkan Stefan amat melucukan.

Hasil kerja seni yang lucu dan unik ini memaparkan imej yang secara kebetulan menjadi sebati dan harmoni di antara pakaian pengunjung dan lukisan yang mereka sedang lihat dan amati.

Secara kebetulan pakaian itu sedondon dengan lukisan, disamping sifat dan watak pengunjung juga turut sesuai dan bertepatan dengan tema lukisan tersebut seperti warna rambut dan bentuk badan.

Mari lihat hasil kerja seni Stefan Draschan ini dibawah. Mungkin Stefan Draschan akan muncul lagi di galeri dan muzium seni di bandar yang lain, merakam imej foto yang unik dan melucukan seperti ini.

#1

Kredit: Stefan Draschan

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

sumber Era Baru

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *