Giroud Ikut Jejak Langkah Faiz Subri, Menang Anugerah Puskas 2017!

Anugerah Puskas 2017 dalam FIFA Best kali ini dimenangi oleh Olivier Giroud. Anugerah ini dimenangi oleh Faiz Subri pada tahun lalu. Tahun pertama Puskas dipertandingkan dalam Anugera FIFA yang dijenamakan semula kepada FIFA Best.

Sepakan kala jengking Giroud ketika menentang Crystal Palace musim lepas ternyata sangat menarik.

Giroud menerima hantaran lintang daripada Alexis Sanchez dalam keadaan Arsenal melakukan serangan balas. Giroud menguis bola yang sedikit di luar jangkauan beliau dengan sepakan kala jengking.

Saksikan ‘team goal’ itu di sini:

Bola itu menerjah gawang gol. Dan Giroud sendiri meraikannya penuh kegirangan. Giroud menewaskan 9 lagi calon lain yang melakukan gol yang cantik. Berikut adalah senarai pencalonan penuh:

Dalam ucapannya, Giroud berterima kasih kepada semua yang mengundi beliau. Giroud berkata:

“Saya sangat gembira menerima trofi ini pada hari ini. Ianya satu penghargaan bagi saya.”

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada barisan finalis yang menjaringkan gol-gol yang cantik juga.”

 

“Sudah tentunya saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya. Tanpa mereka, gol ini tidak akan terhasil.”

“Dan tak lupa juga kepada keluarga saya. Saya juga ingin tujukan trofi ini kepada ayah saya.”

Tahniah kepada Olivier Giroud yang sudah beberapa kali melakukan jaringan yang cantik dalam bola sepak.

 

Sumber : Semuanyabola.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *