Ringgit mengukuh menjelang pembentangan Bajet 2018

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2390/2420 berbanding dolar AS daripada 4.2325/2355 jam 6 petang Khamis.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain menjelang pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Sri Najib Razak petang ini.

“Pelabur kekal optimistik menjelang pengumuman bajet, khususnya susulan kenyataan Najib bahawa ia akan mengambil kira kepentingan semua segmen masyarakat,” katanya.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0960/0991 daripada 3.1110/1146 Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7116/7152 daripada 3.7228/7268.

Ia juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.5637/5693 daripada 5.5941/5998 dan menokok berbanding euro kepada 4.9295/9339 daripada 4.9973/9025. – BERNAMA

 

sumber bharian online

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *