Adakah wanita keras kepala calon isteri yang terbaik??? Baca sebab2 nya…

Ramai lelaki merasakan wanita jenis keras kepala tidak sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.  Wanita keras kepala disifatkan sangat sukar untuk mendengar kata dan degil. Oleh itu, lelaki cuba untuk elakkan mendapat pasangan keras kepala.

Tetapi, adakah benar wanita yang keras kepala ini adalah calon yang tidak sesuai untuk dijadikan isteri? Adakah wanita keras kepala ini langsung tidak mempunyai kebaikkan dan memberi kemudaratan pada pasangan?

Sebenarnya, tanggapan itu salah sama sekali kerana wanita keras kepala sebenarnya adalah calon isteri terbaik. Mengapa wanita keras kepala dikatakan adalah calon isteri yang terbaik, ini adalah sebabnya.calon isteri terbaik, isteri keras kepala, perempuan keras kepala, bini keras kepala, tip cari calon isteri

1. Bijak Menguasi Emosi

Wanita yang keras kepala ini bijak mengawal emosi marah dan tahu waktu yang sesuai untuk marah. Mereka juga akan berusaha menyelesaikan masalah yang timbul sehingga selesai. Tidak seperti wanita yang jenis lemah-lembut yang mana emosi mereka tidak menentu.

2. Dia Tahu Apa Yang Diinginkan

Mereka ini jenis tahu apa yang diinginkan dan tidak akan risau dengan segala masalah yang akan dihadapinya di kemudian hari. Jika dia mula mencintai seseorang itu dia akan tetap setia mempertahankan cinta walau apapun yang berlaku.

3. Mereka Percayakan Diri

Wanita jenis ini mereka sentiasa yakin dengan diri sendiri. Bagi mereka tiada siapa yang dapat mengubah apa yang mereka mahukan. Mereka juga tidak teragak-agak dalam membuat keputusan.

4. Wanita Keras Kepala Sangat Prihatin

Sebenarnya wanita yang keras kepala ini seorang yang prihatin dengan orang sekelilingnya berbanding mempedulikan diri sendiri. Oleh itu, wanita ini sangat sesuai dijadikan calon isteri kerana dia sangat prihatin terhadap pasangannya.

5.Mereka Lain Dari Yang Lain

Wanita keras kepala ini lain dari yang lain, jika wanita jenis yang lemah lembut mereka lebih sukakan perkara-perkara yang romantik. Tetapi, wanita keras kepala mereka lebih sukakan sesuatu lain dari yang lain.

Jangan lepaskan pasangan anda jika pasangan anda keras kepala. Walaupun wanita ini agak degil dan tidak mendengar kata, tetapi meraka tetap setia dalam perhubungan.

Walau apapun, tidak bermakna jika pasangan anda itu tidak keras kepala ia bukan calon yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Semua itu adalah jodoh yang ditentukan olehNya

Sumber : Sempoi media Via lubokviral.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *