BERKUBURNYA IKON INTERNET TERAWAL, YAHOO.COM…INI 10 SEBAB KEJATUHAN YAHOO YANG PERNAH MENJADI KESAYANGAN NETIZEN…

Yahoo selaku ikon internet terawal mengumumkan penjualan perniagaan utamanya kepada Verizon pada tahun lepas. Sejak itu, portal web tersebut mempunyai pendapatan lebih tinggi dari Twitter dan LinkedIn. Jumlah pelawatnya juga melebihi Amazon, Wikipedia dan eBay. Jadi, dimana silapnya empayar ini sehingga zaman kegemilangannya boleh berakhir begitu sahaja? Inilah 10 kesalahan Yahoo yang menjadi punca kepada zaman kejatuhan enjin carian ini, dimana ia pernah menjadi kesayangan ramai suatu ketika dahulu.
1.    Kehilangan Google
google hampir dijual kepada yahoo 463

Pada tahun 2002, Yahoo berpeluang untuk memperoleh Google apabila Sergey Brin dan Larry Page mahu menjualnya dengan harga $1 bilion. Namun, apabila ketua eksekutif Yahoo pada ketika itu, Terry Semel berfikir untuk menerima tawaran tersebut, harga jualannya telah dinaikkan kepada $3 bilion. Menurut Paul Graham selaku pengasas Y Combinator dan bekas pekerja Yahoo, Yahoo menolak ‘tuah’ yang boleh menjadi sebahagian penting perniagaan mereka pada waktu itu.
2.    Tidak mengembangkan Flickr
yahoo bunuh flickr

Sebelum adanya Facebook, Instagram dan Google Photo, Flickr sebenarnya telah wujud terlebih dahulu sebagai sebuah  laman web perkongsian foto yang dibeli oleh Yahoo pada tahun 2005. Pada masa itu, Flickr mempunyai perancangan untuk menjadikan laman web berkenaan sebagai sebuah rangkaian sosial. Tetapi, Yahoo melepaskan peluang keemasan ini dan menguruskan laman web mereka secara salah sehingga tidak mempunyai matlamat yang jelas. Selain itu, Yahoo turut pernah melakukan kesilapan yang sama terhadap laman-laman web milik mereka seperti GeoCities, Delicious dan paling terbaru ialah Tumblr.
3.    Tidak membeli Facebook
facebook hampir dijual kepada yahoo

Pada tahun 2006, Yahoo bercadang untuk mengambilalih Facebook dengan tawaran harga $1 bliion. Mark Zuckerberg bagaimanapun menolak tawaran tersebut. Menurut laporan, Facebook mungkin akan memaksa Mark Zuckerberg untuk menjual syarikat mereka kepada Yahoo, sekiranya tawaran itu dinaikkan kepada harga $1.1 bilion. Bagaimanapun, Terry Semel enggan melakukan perkara tersebut.
4.    Menolak tawaran Microsoft
microsoft mahu beli yahoo

Pada tahun 2008, Yahoo sekali lagi mensia-siakan tawaran untuk diambil alih oleh syarikat gergasi, Microsoft dengan nilai $44.6 bilion. Pengarah Microsoft pada ketika itu, Steve Ballmer berusaha keras untuk meyakinkan Yahoo untuk menjualnya kepada Microsoft. Namun, Yahoo memberikan alasan tawaran harga yang diberikan terlalu rendah. Setahun selepas itu, Yahoo berputus asa untuk mencipta enjin carian sendiri dan menandatangani perjanjian bagi menggunakan Bing kepunyaan Microsoft.

5.    Mempunyai barisan pengarah eksekutif yang teruk
pengarah eksekutif yahoo yang teruk 464

Bagi melawan kemerosotan seperti dialami oleh Yahoo, kepimpinan yang kuat telah membantu syarikat-syarikat teknologi lain yang sedang bergolak. Antaranya seperti Apple (Steve Jobs), Microsoft (Satya Nadella) dan Google (Eric Schmidt). Akan tetapi, Yahoo gagal melantik pengarah eksekutif yang boleh mengatasi masalah tersebut dengan baik. Ramai orang menganggap Terry Semel sebagai salah seorang pengarah eksekutif teknologi yang paling teruk. Manakala Carol Bartz yang bermulut cabul ‘memenangi’ segelintir rakannya. Scott Thompson pula meletak jawatan tatkala didakwa berbohong dengan resumenya.
6.    Pengunduran Jerry Yang
jerry yang tinggalkan yahoo

Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang melangkahkan kaki dari syarikat itu pada tahun 2012 untuk mengejar minatnya yang lain. Perletakan jawatan itu merupakan suatu kehilangan besar buat Yahoo. Ini kerana Jerry Yang merupakan penggerak akan hala tuju Yahoo. Ia berbeza dengan syarikat-syarikat gergasi internet yang lain seperti Facebook (Mark Zuckerberg) dan Google (Page dan Brin). Ini kerana mereka mempunyai kepimpinan serta wawasan yang jelas dari pengasas mereka.
7.    Marissa Mayer salah buat percaturan
marissa mayer gagal kemudi yahoo

Ternyata jutaan dolar milik Yahoo, hasil daripada saham dalam syarikat gergasi, Alibaba belum tentu menjanjikan masa depan yang cerah. Bekas prodigi Google, Marissa Mayer gagal untuk mengemudi Yahoo selepas pelantikannya pada tahun 2012. Maka, keuntungan Yahoo terus jatuh, biarpun setelah pelbagai usaha dilakukan seperti membeli laman web blog sosial Tumblr, mengupah wartawan yang berprofil tinggi dan mengubah budaya kerja pasukan mereka. Mayer dipaksa untuk mengasingkan aset perniagaan utama syarikat tersebut dari sahamnya di Alibaba.
8.    Membeli Tumblr
yahoo beli tumblr

Salah satu kemuncak Mayer sebagai pengarah eksekutif Yahoo ialah semasa membeli Tumblr pada tahun 2013, dengan harga $1.1 bilion. Pada waktu itu, Tumblr belum pun memperoleh keuntungan. Oleh itu, Mayer merancang untuk meletakkan iklan pada rangkaian sosial “microblogging” itu.

Malangnya, Yahoo dilaporkan melebih-lebihkan Tumblr sehingga membelanjakan ratusan juta dolar. Pertumbuhan pengguna dan pendapatan yang lebih perlahan dari jangkaan, serta masalah reka bentuk semula memburukkan lagi keadaan. Sebagai akibat, Tumblr diserap ke dalam Yahoo dan mengelirukan lagi masa depan rangkaian tersebut.
9.    Tidak mempunyai misi yang jelas
yahoo tiada matlamat yang jelas

Salah satu daripada kelemahan Yahoo yang paling ketara sepanjang dua dekad lalu ialah kegagalan mereka untuk mencari misi sebenar syarikat itu. Dalam tempoh 24 tahun, Yahoo telah memaparkan sebanyak 24 penerangan yang berbeza tentang syarikat mereka. Identiti Yahoo juga berubah-ubah dan samar-samar antara syarikat teknologi dan gergasi media.

10.    Berkuburnya zaman portal web
yahoo berkubur

Sebaik Google dan Facebook bangkit menjadi gergasi laman web 2.0, Yahoo sedang bergolak. Ia gagal untuk menyatukan enjin pencariannya sendiri dan bergelut untuk memanfaatkan potensi sosial Flickr dan Tumblr. Yahoo mula ketinggalan apabila zaman mengakses internet melalui portal web seperti AOL dan MSN berakhir.

Rujukan:

1.    The Telegraph

2.    Visual Capitalist

Sumber : Illuminasi.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *