Woww! UniFi Tawarkan ‘Speed Upgrade’ Hanya Tambah RM10 Sebulan

Sesuatu yang agak luar biasa bagi syarikat ini, tetapi nampaknya TM telah berjaya mencuri perhatian pengguna internet seluruh Malaysia. Kali ini,  dalam laporan Lowyat.netdimaklumkan bahawa TM telah menawarkan peningkatan harga promo kepada pelanggan UniFi sejak awal minggu ini.

Berdasarkan carian Lowyat.net, nampaknya promo itu terdapat dalam dua versi. Seperti yang dilaporkan oleh ahli SoyaCincau dan Forum Lowyat.NET, versi pertama menawarkan pelanggan sedia ada untuk menaik taraf pelan mereka kepada kelajuan terpantas seterusnya dengan menambah RM 10 sebulan di atas apa yang mereka sudah bayar pada masa ini.

Tawaran Melalui SMS

Tidak hanya itu, promo meningkatkan kelajuan yang digelar Bonanza Plus juga akan disertakan dengan HyppTV Jumbo Pack. Walaupun kontrak pelanggan akan diperbaharui semula kepada 24 bulan dah mahu memilih untuk mengambil tawaran tersebut, yuran bulanan akan tetap sama walaupun selepas tempoh kontrak mereka berakhir dalam masa dua tahun.

Walau bagaimanapun, ia hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih melalui SMS. Bukan itu sahaja, bayaran bulanan sebenar yang perlu dibayar oleh pelanggan berbeza kerana ia bergantung kepada plan mereka yang sedia ada.

Sementara itu, ada pengguna forum kami yang tidak menerima SMS itu telah cuba menghubungi perkhidmatan pelanggan TM untuk mendapatkan tawaran ini.

Untuk Pelanggan Baru

Bagi versi kedua promo peningkatan kelajuan, ia dimaksudkan untuk pelanggan baru. Menurut risalah yang ditunjukkan di atas yang diambil oleh salah seorang forum di lowyat.net yang melawat TMpoint Alor Setar beberapa hari yang lalu, pengguna perlu membayar RM10 untuk mendapatkan pelan terpantas seterusnya walaupun bayaran sebenar yang mereka perlu bayar tidak disebut dalam keterangan itu.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara dari Terma & Syarat risalaj yang ditunjukkan dengan jelas: harga promosi hanya sah untuk 24 bulan pertama yang sama dengan Kempen Bonanza yang dibocorkan beberapa minggu lalu.

Sumber: Lowyat.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *