10 Perkara Gila Yang Hanya Boleh Dibuat Di Russia

Selain daripada penduduk negara China dan India, penduduk di Rusia turut terkenal dengan kelakuan-kelakuan mereka yang aneh dan tidak masuk akal.

Berikut merupakan 10 buah perkara gila yang hanya boleh dilakukan di Rusia tanpa mendatangkan sebarang masalah.

#1 Meminum Jus Dari Pokok

Bukannya susu getah, sebalik tradisi meminum getah dari pokok birch ini sudah bermula untuk sekian lamanya.

Bagi mendapatkan ‘jus’ tersebut, mereka perlu pergi ke dalam hutan antara bulan Mac sehingga akhir April. Lubang kecil sedalam dua sentimeter akan dibuat pada pokok ini dan kemudiannya akan dimasukkan penyedut minuman untuk menyedut keluar ‘jus’ dari batang pokok birch ini.

#2 Hidup Dalam Kegelapan

Pernahkah anda membayangkan hidup di dalam kegelapan pada waktu malam yang sepanjang enam minggu.

Sekiranya anda tinggal di bandar-bandar yang terletak di atas garisan Artik, ini merupakan sebuah perkara biasa yang perlu anda alami setiap hari.

#3 118 Cuti Umum Dalam Setahun

Tiada kerajaan lain di dunia yang begitu pemurah memberikan cuti umum sebanyak 118 setahun.

#4 Bermain Golf Di Atas Salji

Memandangkan sesetengah tempat di Rusia sentiasa dilitupi salji, penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan ini terpaksa bermain golf di tengah-tengah salji.

#5 Memberi Salam Ketika Keluar Dari Bilik Air

Memberi salam ketika keluar daripada bilik air merupakan sebuah budaya lama di Rusia yang diamalkan secara turun-terumun.

Tetapi awas, memberi salam ini hanya dilakukan semasa berada di bilik air awam, dan bukannya di rumah ataupun pejabat.

#6 Saiz Adalah Segala-galanya

Di Rusia, saiz objek merupakan segala-galanya. Tidak kisah apa pun benda tersebut, yang penting saiz mereka perlulah besar.

Dari kapal laut, kapal selam dan juga bangunan pencakar langit di sana, semuanya dibina dalam skala oversize.

#7 Hidup Bersama-sama Beruang

Bunyinya kedengaran sedikit pelikkan? Tetapi hakikatnya, masih terdapat segilintir penduduk di Rusia yang masih membela beruang di rumah mereka.

Meskipun aktiviti membela rumah merupakan perkara yang dilarang di Rusia, namun saiz Rusia yang besar telah menyulitkan penguatkuasaan undang-undang ini.

#8 Menaiki Bas Troli

Kelihatan seperti sebuah tram, mod pengangkutan jenis ini sangat popular di Rusia.

#9 Makan Sup Setiap Hari

Kebanyakkan orang di Rusia tidak dapat hidup tanpa sup. Jadi hampir semua jenis hidangan mereka akan dihidangkan bersama-sama dengan sup.

Tidak kisahlah sama ada ianya merupakan sarapan semata-mata ataupun supper di tengah malam, semangguk sup sememangnya menu utama yang perlu disediakan.

#10 Makan Tanduk Haiwan

Suku Nenet yang tinggal di kawasan utara Rusia, berhampiran dengan Kutub Utara bergantung kehidupan mereka sepenuhnya pada sumber yang ada.

Mereka membina khemah dengan menggunakan kulit rusa dan memakan tanduk anak rusa.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *