(VIDEO) GELANDANGAN MENOLONG SEORANG WANITA DI DALAM KESUSAHAN. APA YANG BERLAKU SELEPAS ITU MENAKJUBKAN

Tuah Gelandangan Yang Menolong Seorang Wanita Ketika Di Dalam Kesusahan

Kate McClure berada di dalam keadaan ketakutan setelah kereta yang dipandunya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Apa yang lebih menakutkan beliau lagi adalah kerana kejadian berlaku pada larut malam dan keretanya mati di tengah-tengah lebuhraya.

Dalam keadaan ketakutan wanita ini cuba keluar dari kereta dan berjalan menuju ke stesen minyak yang berdekatan keseorangan. Di situ lah di mana beliau bertemu dengan Johnny Bobbitt Jr.

Johnny, seorang gelandangan yang sering duduk di tepi lebuhraya Interstate 95 (I-95) ini telah mendekati Kate dan menyuruh Kate kembali ke keretanya dan mengunci pintu kereta.

Lelaki tersebut hilang dan muncul kembali setelah beberapa ketika dengan membawa satu tin minyak petrol. Apa yang mengejutkan di sini adalah Johnny telah menggunakan semua duit yang dia ada hanya untuk memastikan wanita tersebut dapat pulang dengan selamat ke rumah.

Johnny tidak meminta apa-apa pun dari Kate sebagai balasan.

Bagi membalas jasa lelaki tersebut, Kate telah singgah beberapa kali ke tempat Johnny selalu duduk bersama papan tanda sedekahnya, beberapa minggu berikutnya bagi menghulurkan bantuan berbentuk wang, makanan dan pakaian seperti jaket, sarung tangan, stokin dan sebagainya.

Namun wanita tersebut merasakan ianya tidak mencukupi jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut. Kate yang berumur 27 tahun ini telah membuka satu laman bagi mengumpul dana bagi membantu Johnny. Laman itu diberi nama “Paying It Forward“.

Tidak sampai 2 minggu sebanyak USD250,000 (RM1 Juta) telah berjaya dikumpul. Tujuan Kate berbuat demikian adalah dengan harapan agar dia dapat mengubah kehidupan Johnny yang merupakan bekas jurutera peluru askar marin.

Video ketika menyampaikan wang dana tersebut kepada Johnny telah dimuatturunkan oleh Kate sendiri dan mendapat banyak reaksi dari netizen. Kedua-duanya juga sempat ditemubual oleh pihak media berita mengenainya berjaya menghiasi beberapa buah muka akhbar tempatan.

Dilaporkan lagi bahawa dana bagi membantu Johnny ini masih lagi diteruskan.

Sumber: amazingnara, twitter, google

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *