Pemain Muda Malaysia Ini Berjaya Mengikat Kontrak Dengan Pasukan Liga Bola Sepak Jepun

Seorang pemain muda dari Malaysia berusia 20 tahun, telah berjaya mendapatkan kontrak sebagai pemain sebuah kelab bola sepak di Nagoya, Jepun untuk musim 2018.

M.Kavishkumar, bekas pelajar Victoria Insitution (VI) atau lebih dikenali sebagai Kumar telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Tokai FC dalam ‘Aichi Football League’ di Nagoya, Jepun mulai musim 2018 selama 1 musim.

Pengenalan Kepada Pasukan Tokai FC

Tokai FC merupakan sebuah pasukan yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Minami-ku, Nagoya, Jepun.

Sejak penubuhan mereka 18 tahun yang lalu, Tokai FC lebih menumpukan kepada pembangunan bakat-bakat muda seawal umur 7 tahun sehingga 15 tahun dan mereka juga mempunyai sekolah bola sepak sendiri.

tokai fc kavish kumar

Menurut kemaskini rasmi laman web Tokai FC, mereka baru sahaja menubuhkan ‘top team’ untuk bersaingan dalam Aichi Football League mulai musim 2018 dan Kumar merupakan ‘pioneer’ bersama 2 lagi pemain luar Jepun dari Ghana dan Korea Selatan selain dari pemain tempatan.

Kedudukan Tokai FC Dalam Hierarki Bola Sepak Jepun

Jika dilihat dari struktur bola sepak Jepun secara lebih dalam, diakui bahawa kedudukan Tokai FC bukanlah tinggi seperti kelab-kelab Jepun yang dikenali oleh kebanyakkan orang di Malaysia.

Oleh kerana Tokai FC baru sahaja memutuskan untuk memiliki ‘top-team’ dan bersaingan dalam liga kompetitif, mereka perlu bermula dari bawah.

Screen Shot 2017-12-24 at 4.56.51 PM

Dari gambar struktur liga bola sepak Jepun diatas, kita berjaya mengenalpasti dimana kedudukan Tokai FC adalah dalam saingan Nagoya Football League dibawah seliaan Nagoya Football Association.

Nagoya Football League terbahagi kepada beberapa blok dan pasukan yang berjaya muncul sebagai juara akan beraksi di Aichi Football League dan seterusnya naik divisyen lebih tinggi.

Berlatih Bersama Pasukan Osaka Sangyo Universiti Ketika Tiba Di Jepun

kumar osaka sangyo universiti

Pada awal ketibaan Kumar di Osaka, beliau tidak mempunyai pasukan untuk berlatih atau sesi ‘trial’ yang sudah diaturkan.

Penjaga beliau disana, telah menghubungi seorang pengurus pasukan Osaka Sangyo Universiti untuk membolehkan beliau menjalani latihan bersama pasukan tersebut.

Skuad Osaka Sangyo Universiti adalah sebuah pasukan yang beraksi dalam divisyen 2 A Liga Bola Sepak Universiti Kansai. Musim 2017, pasukan ini menamatkan musim di tempat ke 3 liag dan berjaya layak ke play-off ke divisyen 1 bertemu Kyoto Sangyo Universiti, namun tewas 0-5 seterusnya kekal dalam saingan Divisyen 2 A Liga Bola Sepak Universiti Kansai.

4e0bc284-1d57-40cd-80d7-09589328278f

Ketika berlatih bersama pasukan Osaka Sangyo Universiti, jurulatih pasukan itu memberitahu beliau bahawa Kumar mempunyai bakat yang cukup besar untuk diketengahkan kepada pasukan yang lebih bagus.

Jurulatih pasukan Osaka Sangyo Universiti itu telah berjaya menghubungi beberapa buah kelab yang beraksi dalam saingan Japan Football League (JFL), divisyen 4 dalam hierarki bola sepak Jepun, dan berjaya mendapatkan slot ‘trial’ untuk Kumar bersama Nara Club.

Pernah Kena ‘Reject’ Atas Alasan Komunikasi

Menurut Kumar dalam temubual bersama Vocket FC semalam, beliau memberitahu pernah ‘di-reject’ oleh 2 buah pasukan kerana masalah komunikasi menggunakan bahasa Jepun.

Pada ketika itu, beliau masih lagi baru dan dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan ‘environment’ bola sepak Jepun dan tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan efektif.

kavish kumar tokai fc

Ketika hadir pada sesi trial bersama Nara Club, beliau berasa cukup janggal kerana terus dimasukkan tanpa ada apa apa sesi ‘ice-breaking’ atau latihan bersama sebelum beraksi dalam perlawanan.

Situasi demikian sudah pasti membuatkan beliau ‘struggle’ untuk berkomunikasi bersama rakan sepasukan dan alasan inilah yang digunakan untuk ‘reject’ tanpa diberikan peluang secukupnya.

Selain dari itu, ada sebuah lagi kelab dari Kansai Soccer League, FC Ise juga turut mengaturkan sesi percubaan dengan Kumar, tetapi akhirnya turut memberikan komunikasi adalah faktor utama untuk tidak menawarkan kontrak kepadanya.

Nota ‘Post-Mortem’ Kegagalan

Walaupun menghadapi ‘rejection’ dari kelab-kelab sebelumnya, Kumar tidak mudah berputus asa. Sebaliknya beliau menggunakan masa yang ada untuk meneliti apakah sebenarnya isu yang perlu diberi keutamaan untuk meneruskan cita-citanya.

senarai isu sepanjang trial kavishkumar

Kumar membuat satu nota yang menyenaraikan pelbagai faktor serta kebarangkalian yang menyebabkan kegagalan beliau pada sesi sebelum ini.

Screen Shot 2017-12-25 at 1.49.11 AM

Satu persatu nota direnung dan hasil dari penelitian yang dibuat, Kumar sedar bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang dihadapi jika mahu terus mengejar impian di Jepun.

Sesi ‘Trial’ Bersama Pasukan Gamba Osaka

Pada bulan Oktober yang lalu, beliau telah berpeluang untuk menjalani sesi percubaan dengan gergasi bola sepak Jepun, Gamba Osaka.

Selama hampir sebulan berada di Gamba Osaka, segalanya berjalan dengan lancar dan beliau berjaya mempamerkan aksi yang memukau berjaya menarik perhatian piahk Gamba Osaka.

Amitie SC Kyoto

Namun segalanya berakhir tidak seperti diharapkan oleh Kumar, apabila pihak Gamba Osaka tidak menawarkan kontrak disebabkan oleh isu ranking Malaysia yang tidak berada dalam kedudukan yang mampu dipertimbangkan oleh Gamba Osaka.

Perkara itu telah diberitahu oleh seorang pegawai dari Gamba Osaka kepada penjaga beliau selepas mereka perlu mengikut peraturan kelab walaupun prestasi Kumar memang menambat hati mereka.

Hatrik Ketika Trial Bersama Valente Yazaki Shizuoka

Dalam satu sesi percubaan yang diaturkan di Shimada, Shizuoka bersama pasukan Yazaki Valente, Kumar telah beraksi untuk pasukan simpanan bertemu dengan pasukan utama Yazaki Valente FC.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan simpanan Yazaki Valente FC telah tewas dengan jaringan 3-5, namun 3 jaringan itu adalah hatrik Kumar.

Walaupun menjaringkan hatrik, tetapi pihak kelab masih mahu melihat aksi beliau lagi dalam beberapa siri perlawanan. Namun disebabkan kesuntukan masa serta ketiadaan ketua jurulatih pada masa tersebut membuatkan mereka tidak mahu mengambil risiko berdasarkan hanya 1 perlawanan.

Terima Tawaran Dari Beberapa Buah Kelab Lain

Menurut Kumar, beliau menerima beberapa tawaran dari kelab-kelab sekitar Kansai dan Tokai selepas mempamerkan aksi memukau dalam sesi percubaan.

Namun atas nasihat penjaga beliau disana yang lebih arif tentang bola sepak disana, beliau mencadangkan Kumar untuk memulakan karier bola sepak di Jepun bersama Tokai FC.

Tokai FC mungkin berada pada kedudukan liga yang rendah tetapi peluang untuk belajar dari awal bagaimana Jepun mampu membangunkan pemain mereka ke tahap dunia adalah sangat penting.

Ditukar Posisi Dari ‘Flank’ Menjadi ‘Forward’

Sejak berada di Jepun, Kumar yang sebelum ini di Malaysia banyak beraksi sebagai flanker pasukan telah ditukar kepada ‘forward’ oleh jurulatih Jepun.

Ini adalah kerana mereka melihat Kumar lebih efektif apabila bertindak sebagai forward berbanding ketika beraksi sebagai flanker. Mereka melihat ada sesuatu yang ada pada Kumar seterusnya menukarkannya.

Mengigil Terima Panggilan Dari ‘Sporting Director’ Tokai FC

Menurut Kumar, beliau mengambil masa selama 5 hari untuk memikirkan keputusan yang akan dibuat kerana ini melibatkan soal karier dan hidupnya sendiri.

Sejak menerima panggilan dari ‘Sporting Director’ dimana kelab bersetuju untuk menawarkan kontrak kepadanya, Kumar memberitahu beliau mengigil, berdebar dan tidak senang duduk memikirkan pelbagai perkara seandainya menerima atau menolak tawaran tersebut.

Akhirnya, selepas berpuas hati dengan ‘personal-term’ yang dibincangkan bersama Yuji Igarashi, Kumar menyatakan persetujuan secara lisan melalui telefon untuk menyertai Tokai FC.

Misi Dan Harapan Bersama Tokai FC

Bersama Tokai FC, saya mahu mempertingkatkan lagi kebolehan serta kefahaman saya mengenai bola sepak serta mencapai tahap yang lebih tinggi dalam permainan.

kavish kumar tokai fc kosmo sukan

Selain itu, saya juga mahu membantu kelab untuk mencapai misi beraksi dalam saingan J.League suatu hari nanti.

Mesej Kepada Penyokong Malaysia

Sentiasa percaya pada diri anda sendiri, pedulikan kata-kata orang lain, buktikan anda mampu melakukannya.

Jangan mengalah pada cabaran yang datang dan ambil risiko untuk mencapai kejayaan!

Kumar akan berangkat semula ke Jepun pada bulan Febuari 2018 untuk menyertai Tokai FC menghadapi musim baru. Sehingga tarikh itu, beliau akan melakukan rutin kecergasan untuk kekal ‘fit’ seperti mana semasa berada di Jepun.

Tahniah Kumar!

Gambatte kudasai.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *