Suami Ini Nekad Takkan Balik Rumah Hanya Kerana Rumah Bersepah, Ini Jawapan Padu Ebit Liew Buat Dia Menangis dan Terpana!

Artikel ini diambil dari nona.com untuk dikongsikan disini dan semoga kisah ini memberi banyak manfaat dan tauladan. Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini. Memang betul kadang-kadang kita ni penat, terlalu penat sebenarnya… dengan urusan harian sampai tak terluah di mulut. Kalau suami dapat bantu sikit-sikit pun dah bersyukur ya amat.


Suami suami tu kalau mampu tolong isteri, tolonglah dia. Kalau tak mampu, carikanlah pembantu rumah. Kesian kami kami jadi robot. Jom sama-sama ambil iktibar dari perkongsian terbaru Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau ini.

Seorang suami jumpa saya dan tengah teramat marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus dan diri sendiri… Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.


Saya kata padanya, saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak. Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu.

Ya Allah.
Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena terus menyusukan anak.


Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan, semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit…


Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan.. itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya.


Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita… menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan.


Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam.
Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.

Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takpelah kurang sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya.


Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya.
Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz.


Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.
Tahniah buat wanita yang berkorban dengan rasa cinta kerana Allah.” 

 

Artikel di bawah ini dipetik dari siraplimau.com dan semoga dengan perkongsian ini dapat membantu dan memberi inspirasi kepada semua dalam menjaga rumah tangga. Okeyy para isteri boleh cuba trick ini😉

5 ‘Tricks’ Untuk Rumah Anda Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil

Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, selepas kemas dah bersepah kembali rumah dengan segala barang permainan. Mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan kerenah anak lagi. Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja!

TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA BABY

Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

LAKUKAN 5 PERKARA INI SETIAP HARI DAN ANDA AKAN DAPAT HASIL YANG SAMA.

1. KEMAS KATIL


http://houzbuzz.com/

Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.

2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT


www.today.com

Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang nina tak suka tapi terpaksa kena buat jugak okey !

3. JANGAN BIAR SINGKI PENUH


http://thecatholiccatalogue.com/

Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Ini pantang larang mak nina. Dia suka “ngepek” kalo tengok pinggan mangkuk bersepah dalam sinki. Sekarang nina pon jadi sakit mata sakit je hati ni kalo tengok sinki bersepah.

4. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH


www.shutterstock.com

Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.

5. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM

Plastic bucket with cleaning supplies in home

www.dupagecu.com

Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Fuhh ni bahagian Nayla punya. Dia punya kawasan ni paling kerap kena kemas.

TIP EKSTRA


www.today.com

* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. Nina suka sangat cuci tandas sebab Nina tak boleh dengan tandas kotor. Geliii euuii ..
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.

Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas? Anda hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

*gambar sekadar hiasan

Sumber:

5 ‘Tricks’ Untuk Rumah Anda Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *