20 Misteri Yang Masih Belum Dapat Dirungkai Oleh Sains

Kadang-kadang tidak semua maklumat dapat diperolehi dari Google. Malahan kita sering mengatakan apa-apa yang berlaku di dalam dunia ini boleh dijawab dengan mengunakan sains.

Namun demikian, sains bukan suatu yang sempurna. Maka, kita cuba membincangkan misteri yang menakjubkan, sehingga tidak dapat dirungkai oleh sains.

#1. Lembu akan sentiasa menghadap sama ada utara atau selama semasa makan.

Berdasarkan kajian satelit, saintis mendapati lembu sering menghadap kutub magnet di antara bumi ketika sedang makan atau berehat. Malahan saintis gagal menemui sebab mengapa mereka bersikap sedemikian. Pelik tapi benar!

#2. Kenapa anda perlu tidur?

Ternyata setiap manusia memerlukan masa tidur yang mengcukupi. Tidur ini membuatkan kita sihat dan cergas.

Namun saintis tidak pasti mengapa manusia perlu tidur. Setiap manusia di dunia melalui proses tidur di dalam apa jua bentuk sehingga membawa kepada teori yang mengatakan kita tidur untuk ‘menyelenggara semula otak’. Tak pasti sejauh mana kebenarannya.

#3. UFO

Saintis cuba membuktikan bahawa UFO (Unidentified Flying Objects) ini wujud. Sejak dahulu lagi, ramai manusia mendakwa telah melihat benda yang terbang di langit tetapi mereka tidak mengenalpasti apakah ianya, sama ada ianya benar-benar pesawat atau sekadar meteor.

Sama ada betul atau tidak, masih tiada kepastian. Hal ini kerana mengambil andaian, UFO muncul dari galaksi lain dan datang ke bumi adalah suatu yang agak mustahil. Akhirnya menyebabkan sehingga hari ini, insiden UFO terus menjadi insiden yang tidak dapat dirungkaikan.

#4. Mengapa evolusi haiwan berlaku?

Evolusi merupakan suatu teori saintifik yang konsisten dan ianya terus berlaku selama beribu-ribu tahun dan terus akan berlaku di masa akan datang. Namun, saintis masih gagal menemui jawapan kepada; kenapa berlakunya evolusi?.

Kita faham bahawa evolusi akan mengubah sesetengah haiwan dari berada di dalam laut dan keluar ke darat. Dan begitu sebaliknya, apabila haiwan di darat yang berubah untuk memasuki air. Namun demikian, evolusi adalah suatu yang tidak masuk akal dengan pemahaman saintifik sehingga hari ini.

#4. Magnet

Saintis faham bagaimana magnet berfungsi tetapi saintis masih tidak faham mengapa magnet mempunyai dua medan sahaja iaitu utara atau selatan. Tambahan, bagaimana kita memotong magnet tersebut, sepastinya akan mewujudkan dua medan tersebut sahaja. Sehingga hari ini, saintis masih gagal menemui punca mengapa magnet hanya mempunyai dua medan sahaja.

#5. Kuasa psikik

Kuasa psikik ini adalah sememangnya fenomena yang masih tidak dapat dijelaskan. Kebanyakan manusia mempercayai bahawa intuisi (intuition) adalah satu kuasa psikik, iaitu satu cara untuk akses pengetahuan khusus tentang dunia atau masa depan.

Para penyelidik telah mengkaji manusia yang mendakwa mempunyai kusa psikik dan keputusannya masih negatif. Sesetengah manusia mengatakan kuasa psikik tidak dapat diuji (tested), atau sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui. Jika benarlah begitu, maka sains selama-lamanya tidak dapat membuktikan kewujudan kuasa psikik.

#6. Kucing mengeluarkan bunyi manja (purr).

Jika anda mempunyai kucing, pasti anda pernah mengalami pengalaman mendengar bunyi kucing yang seakan-akan sedang bermanja dengan anda (purr).

Namun demikian, saintis gagal menemui punca mengapa kucing ini mengeluarkan bunyi sedemikian. Hipotesis yang dilakukan ialah kucing mengeluarkan bunyi vokal dari larink (larynx) untuk menghasilkan bunyi getaran.

#9. Menguap

Menguap bukan suatu yang menarik apabila berlaku pada kita. Lagi-lagi sekiranya ianya berlaku ketika kita sedang berkerja mahupun sedang belajar di dalam bilik kelas. Pandangan orang menjadi negatif apabila melihat seseorang itu menguap.

Mereka melihat menguap ini sebagai suatu tanda bosan atau penat dengan sesuatu perkara. Namun demikian saintis gagal mengetahui apa yang menyebabkan kita menguap. Terdapat pelbagai teori yang dikeluarkan tentang menguap tetapi tiada satu yang konkrit.

Hanya satu teori yang mengatakan kita menguap sebab oksigen yang kurang di dalam badan yang menyebabkan tindak balas badan untuk mendapatkan oksigen.

#10. Manuskrip Voynich

Manuskrip Voynich ini merupakan buku yang mempunyai 246 muka surat penuh dengan gambar dan ilustrasi botanikal/ tumbuhan. Manuskrip ini mempunyai perkataan yang sehingga kini masih gagal difahami.

Karbon tulisan di dalam buku tersebut menunjukkan sudah berusia 1400 tahun. Tetapi malangnya penceritaan di dalam buku itu masih gagal untuk difahami. Sainstis memanggil buku tersebut sebagai buku perubatan dan tiada punca kukuh sehingga hari ini, mengapa begitu sukar untuk memahaminya.

#9. Bola batu Costa Rica

Stonehenge ialah suatu tempat yang sangat indah untuk dikunjungi, dengan pelbagai misteri yang masih gagal dirungkaikan. Di Costa Rica, terdapat juga misteri yang sama menghantui penduduk setempat yang lebih kurang seperti Stonehenge. Namun demikian, masih tiada siapa tahu daripada mana asal batu tersebut.

#10. Sinaran kosmik.

Sinaran kosmik ini berlaku apabila suatu cahaya yang memasuki bumi dan ditapis oleh atmosfera. Namun, saintis gagal menemui punca sumber sinaran kosmik tersebut.

#11. Juruterbang Fred Valentich lenyap di udara.

Pada tahun 1978, seorang juruterbang bernama Fred Valentich telah didapati lenyap ketika menerbangkan kapal terbangnya di udara. Juruterbang berketurunan Australia itu sedang menerbangkan pesawat Cesna 182L untuk tujuan latihan.

Sedang Valentich mengemudi kapal tersebut, ianya terus hilang di udara. Kapal Valentich tidak ditemui selepas itu. Tiada jawapan dari segi saintifik mengapa kapal terbang itu boleh hilang di udara.

#12. Mumia Kokain

Kokain sering dikaitkan sebagai dadah. Pada tahun 1992, saintis cuba menguji kimia yang menyebabkan mumia mesir terus kekal cantik. Saintis mendapati, terdapat sejumlah besar kokain dan tembakau telah digunakan untuk mengawet mumia tersebut.

Sedangkan dadah jenis ini masih belum diciptakan lagi pada zaman Mesir purba. Lebih menghairankan apabila kokain telah diciptakan oleh Amerika. Tiada laporan mengatakan wujudnya perdagangan di antara kedua-dua negara ini.

#13. Bloop

Lautan yang terbentang luas dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai haiwan yang misteri. Sehingga hari ini, masih terdapat pelbagai haiwan yang masih gagal direkod secara saintifik.

Pada tahun 2007,  United States NOAA department (National Oceanic and Atmospheric Admin.) menemui suatu suara yang begitu kuat dari dasar laut. Suaranya adalah seperti binatang tetapi menghasilkan bunyi yang terlalu kuat sehingga susah hendak kenalpasti. Bunyi tersebut membawa kepada andaian terdapat haiwan yang dikenali sebagai Cthulu. Namun demikian, saintis masih gagal menemui haiwan tersebut.

#14. Apa yang ada di permukaan Planet Marikh?

Marikh merupakan sebuah planet yang sering dijadikan perbincangan. Terdapat pandangan bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh suatu hari nanti. Namun dengan kajian yang dilakukan ke atas Planet Marikh sering membawa kepada lebih banyak penemuan dan persoalan.

Sebagai contoh, saintis menemui coretan gelap pada permukaan planet yang hanya muncul setiap kali musim panas di planet tersebut. Malahan saintis juga tidak menemui air di dalam planet Marikh yang menyebabkan Saintis terus tinggal dengan banyak persoalan.

#15. Penggunaan tangan kanan

Apabila anda menemui orang yang mengunakan tangan kidal, pasti respons anda ‘waa, cam mana kau buat’. Keadaan ini membuatkan mengapa penggunaan tangan kidal adalah suatu yang unik.

Pandangan mengatakan 95% daripada penduduk bumi mengunakan tangan kanan. Namun demikian, saintis gagal menemui sebab mengapa terdapat manusia yang boleh mengunakan tangan kanan dan manusia yang mengunakan tangan kiri.

#16. Teori ikan paus

Ternyata ikan paus mempunyai bakat yang unik. Mereka boleh menyanyi dan mengajar cara menyanyi di antara satu sama lain. Dulu pernah dianggap, bahawa tingkah laku ini sebagai teknik untuk mengajak mengawan. Namun andaian ini ternyata meleset. Sehingga hari ini, fenomena ini masih belum dijelaskan.

#17. Lubang hitam (black hole)

 

Kajian mempercayai jika seseorang masuk ke lubang hitam, ianya akan membawa kepada tembok api yang akan terus membakar kita. Namun kebenarannya masih belum terjawab sehingga hari ini.

#18. Bigfoot

Sehingga hari ini, masih terdapat pengakuan bahawa mereka telah menemui binatang berbentuk manusia yang dipanggil sebagai Bigfoot. Namun demikian, masih belum ada penemuan sebarang bentuk fizikal Bigfoot sehingga hari ini.

Tiada satu bukti yang menunjukkan Bigfoot ini wujud seperti penemuan gigi, tulang ataupun rambut. Pengakuan ini kebanyakan daripada orang ramai dan juga gambar atau filem yang tidak jelas. Keadaan ini membuatkan saintis gagal membuktikan bahawa Bigfoot ini benar-benar wujud.

#19. Deria keenam/ Sixth Sense

Sama ada anda memanggil ia sebagai firasat, namun deria keenam ini adalah suatu intuasi. Sememangnya firasat ini boleh menjadi salah kadang-kadang, namun tidak mustahil menjadi benar pada suatu masa.

Pakar psikologi mendapati manusia sering mendapat firasat tentang sesuatu perkara tanpa mengetahui bagaimana mereka boleh rasa sesuatu perkara itu boleh terjadi. Tetapi sehingga hari ini firasat ini sukar untuk diterangkan secara saintifik.

#20. Deja Vu

Deja bu ini berasal dari frasa perancis yang membawa maksud ‘sudah mengalaminya’, yang merujuk kepada perasaan misteri tentang suatu keadaan apabila mereka merasakan sudah melaluinya.

Ada juga yang menganggap deja vu apabila seseorang mengalami pengalaman psikik. Penyelidikan secara psikologi, menerangkan hal ini lebih ke arah yang naturalistik, namun akhirnya penyebab dan sifat fenomena itu sendiri tetap menjadi misteri.

 

Sumber

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *