5 Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Ramai Terlepas Pandang

Kepesatan teknologi sedikit sebanyak mengubah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi. Dengan berkembangnya teknologi telefon pintar, makin mudah untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain, di mana jua kita berada.

Antara platform yang kerap digunakan bagi tujuan berkenaan termasuklah laman sosial terkenal, Facebook. Berikut adalah sedikit sebanyak fakta menarik mengenai laman ini.

1. Antara Fungsi Awal Facebook Adalah Sebagai Servis Perkongsian Fail

antara fungsi awal facebook adalah sebagai servis perkongsian fail

Sumber Foto: mashable.com

Kini anda tidak akan jumpa laman perkongsian fail ini di timeline Facebook. Namun, ketika di awal penubuhannya, Facebook turut mempunyai add-ons atau servis perkongsian fail antara rakan-rakan anda.

Servis perkongsian fail ini dikenali sebagai Wirehog, yang dihasilkan bersama Facebook oleh Mark Zuckerberg dan tiga yang lain. Ketika Facebook dilancarkan pada tahun 2004, Wirehog telah dilaporkan merupakan sebahagian daripada ciri unik Facebook.

Pada tahun 2005, Facebook aktif dalam mempromosikan servis tersebut dan Mark memberitahu majalah Harvard, The Crimson, “Saya rasa Wirehog bakal mendapat sambutan seperti thefacebook.”.
Walaubagaimanapun, disebabkan isu tertentu, servis Wirehog diberhentikan pada tahun 2006.

2. Muka Al Pacino Pada Homepage Asal Facebook

muka al pacino pada homepage asal facebook

Sumber Foto: blog.iqoption.com

Sebelum rekaan semula homepage Facebook pada tahun 2007, muka depan laman sosial ini memaparkan figura seorang lelaki yang dikaburkan di belakang kod binari.

Dikenali sebagai ‘Facebook guy’, pemilik wajah lelaki misteri berkenaan tidak dikenali sehingga baru-baru ini.

Penulis buku ‘The Facebook Effect’, David Kirkpatrick mendedahkan melalui buku beliau bahawa imej wajah lelaki tersebut adalah manipulasi gambar Al Pacino. Gambar tersebut dimanipulasi oleh rakan sekelas Mark ketika di Harvard University.

3. Mark Zuckerberg Pernah Menggelarkan Diri Beliau Sebagai Graduan Harvard

mark zuckerberg kini telah menerima honourable degree kerana sumbangan beliau sebagai pengasas facebook 222

Sumber Foto: telegraph.co.uk

Suatu ketika dahulu, Mark Zuckerberg pernah mengemas kini maklumat beliau sebagai seorang graduan daripada Harvard. Maklumat berkenaan adalah tidak benar kerana umum tahu bahawa seperti Steve Jobs dan Bill Gates, Mark juga tidak pernah menghabiskan pengajian di universiti.

Apabila ditemu ramah bagi rancangan 60 Minutes, wartawan menanyakan soalan berkenaan kepada beliau. Mark menjawab, ‘Ya, memang benar. Kami tidak mempunyai pilihan bagi drop-out.’.

Nota untuk Mark, anda mempunyai kuasa untuk meletakkan pilihan drop-out dalam Facebook.

Sekitar pertengahan tahun lalu, Mark akhirnya telah dianugerahkan Harvard degree atas sumbangan beliau sebagai pengasas Facebook yang menghubungkan manusia di serata dunia.

4. Maksud Terma ‘Poke’ Tidak Pernah Ditakrifkan

maksud terma poke tidak pernah ditakrifkan

Sumber Foto: wikihow.com

Walaupun cara fungsi ‘Poke’ diterangkan di dalam help center Facebook, tiada penerangan diberikan mengenai maksud terma ini.

David Kirkpatrick melalui buku beliau mengatakan bahawa Mark pernah memberikan jawapan berkenaan penggunaan perkataan ‘Poke’ sebagai terma rangkaian laman sosial. Menurut Mark, ‘Kami rasa seronok untuk menghasilkan suatu ciri Facebook yang tiada tujuan spesifik.’.

5. Hoodie Facebook Pernah Dijual Dengan Harga US$4050 di eBay

hoodie facebook pernah dijual dengan harga us 4000 di ebay

Sumber Foto: mashable.com

Seorang pekerja Facebook telah menjual hoodie beliau pada tahun 2010 di eBay dengan harga US$4050 dengan bidaan daripada seramai 50 orang.

Antara sebab mengapa hoodie tersebut terjual dengan harga demikian adalah kerana Mark telah dilihat memakai pakaian yang sama di D8 Conference ketika membentangkan hala tuju syarikat berkenaan.

Lagi Fakta Menarik Mengenai Facebook

  1. 1 daripada 13 manusia di bumi sedang menggunakan Facebook.
  2. 1 juta link dikongsikan dalam masa 20 minit.
  3. 1.48 juta event invites diposkan dalam masa 20 minit.
  4. 1.32 juta gambar ditag dalam masa 20 minit.
  5. 1.85 juta status dikemas kini dalam masa 20 minit.
  6. 1.97 juta friend request diterima dalam masa 20 minit.
  7. 2.72 juta gambar dimuat naik dalam masa 20 minit.
  8. 2.72 juta mesej dihantar dalam masa 20 minit.
  9. 10.2 juta komen dalam masa 20 minit.
  10. 750 juta gambar dimuat naik ketika sambutan Tahun Baru.
  11. 48% daripada mereka yang berumur 18-34 tahun membuka Facebook ketika bangun tidur.
  12. Secara purata, seorang pengguna Facebook mempunyai 338 friends.
  13. Pengguna Facebook menghabiskan masa selama 700 bilion minit dalam sebulan.
  14. Terdapat ebih 250 juta pengguna aktif mengakses Facebook melalui telefon pintar.
  15. Pengguna Facebook melalui telefon pintar adalah 2 kali ganda lebih aktif berbanding pengguna Facebook melalui lain-lain teknologi.
  16. Facebook pernah menerima pelaburan sebanyak US$500,000 daripada Peter-Thiel, pengasas bersama PayPal.
  17. Facebook merupakan laman sesawang kedua terbesar mengikut jumlah trafik selepas Google.
  18. Facebook mendapat untung daripada pengiklanan dan penjualan produk maya.
  19. Terdapat lebih daripada 16 juta fan pages di Facebook.
  20. Facebook kini mempunyai lebih kurang 2 bilion pengguna aktif.

Rujukan:

  1. mashable.com
  2. bigthink.com
  3. searchenginejournal.com
  4. jeffbullas.com

sumber

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *