Dari Ehime Ke Inter Milan, Bagaimana Perjalanan Karier Yuto Nagatomo

Siapa yang tidak kenal dengan nama Yuto Nagatomo, seorang pemain bola sepak terkemuka dunia dari negara matahari terbit ini.
Mempunyai fizikal biasa seperti kebanyakkan pemain Asia yang lain, tiada ketinggian melainkan kelebihan larian pantas serta keseimbangan badan yang baik membawa Yuto Nagatomo ke kelab Serie A, Inter Milan.

Selepas hampir 8 tahun berkelana ke bumi Itali, tidak ramai yang tahu mengenai perjalanan karier Nagatomo sebelum mencipta nama diperingkat antarabangsa.

Mula Bermain Bola Sepak Kerana Mahu Memikat Awek

Yuto Nagatomo dilahirkan di prefektur Ehime, sebuah negeri dikepulauan Shikoku, Jepun.

Susur galur keluarga Nagatomo sememangnya tidak asing lagi kepada sukan, kerana datuk disebelah ibunya, Yoshida Tatsuo dan datuk saudaranya Yoshida Minoru merupakan seorang pelumba basikal profesional Keirin di Ehime.

Datuk disebelah bapanya pula merupakan bekas seorang pemain ragbi Meiji Universiti.

Menurut satu temubual bersama Nagatomo sebuah laman web bola sepak Jepun pada Ogos 2016, beliau mula bermain bola sepak pada usia 7 tahun ketika di sekolah rendah.

Ianya bermula kerana Nagatomo mahu memikat seorang awek di sekolahnya itu.

Kenapa?

Kerana jika seorang lelaki itu hebat bermain bola sepak, dia akan nampak lebih menonjol serta hebat dimata perempuan. Nagotomo bersungguh-sungguh untuk menjadi hebat, namun akhirnya jatuh cinta kepada bola sepak melebihi tujuan asalnya menyepak bola.

Nagatomo juga memberitahu, kelab bola sepak sekolah beliau akan mengadakan latihan 2 kali seminggu sahaja, namun pada hari yang lain beliau akan membawa bola kemana sahaja dan bermain bersama kawan-kawannya.

Nagatomo Digelar Sebagai ‘King’ Di Sekolah Rendah

Mungkin disebabkan datuk-datuk beliau adalah seorang atlet terkemuka dalam sukan yang memerlukan stamina yang tinggi, perkara ini seolah-olah diwarisi oleh Nagatomo.

Beliau diberikan gelaran sebagai ‘King’ oleh rakan-rakan sepasukan kerana mempunyai tahap stamina yang cukup tinggi berbanding yang lain.

“Pass bola dekat aku, nanti aku sumbat gol!”

Begitulah gaya permainan Nagatomo diperingkat sekolah rendah seperti yang diceritakan oleh beliau.

Kena “Reject” Pada Sesi Pemilihan Menyertai Ehime FC Junior Youth

Nagatomo memasang impian untuk beraksi dengan lebih serius apabila usianya menganjak ke umur 12 tahun.

Ketika itu kelab paling hebat dalam prefektur Ehime adalah Ehime FC, dan Nagatomo mencuba nasib dalam sesi pemilihan untuk skuad ‘Junior Youth’ Ehime FC tetapi gagal mendapat tempat.

Perasaan kecewa tidak mendapat tempat dalam skuad itu tidak menamatkan impian beliau dalam membina karier bola sepak. Nagatomo mengambil keputusan menyertai Saijo Kita Junior High School.

Di sekolah itu, Nagatomo ditakdirkan bertemu dengan seorang jurulatih, Inoue Hiroshi, yang melihat kemampuan Nagatomo beraksi didalam padang dengan kekuatan stamina yang cukup tinggi.

Kemuncak kepada skuad bimbingan Inoue Hiroshi ini adalah apabila Saijo Kita Junior High School berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan All Japan Junior High School peringkat Ehime pada 2001.

Minta Restu Ibu Sertai Gergasi Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun – Higashi Fukuoka

Keputusan untuk menyertai skuad gergasi bola sepak sekolah tinggi Jepun – Higashi Fukuoka High School, merupakan antara keputusan sukar paling awal yang perlu dibuat oleh Nagatomo.

yuto nagatomo

NAGATOMO KETIKA TURUN BERAKSI UNTUK HIGASHI FUKUOKA HIGH SCHOOL

Nagatomo mempunyai 3 adik beradik dan semua mereka dibesarkan oleh ibunya secara bersendirian kerana ibu bapa mereka bercerai ketika Nagatomo berusia 3 tahun.

“Walaupun ibu membesarkan kami 3 beradik dan keadaan ekonomi keluarga kami sangat susah pada masa itu, saya berkeras mahu menyertai skuad Higashi Fukuoka.”

“Atas permintaan saya itu, walaupun sukar, emak merestui hajat saya untuk ke sana.”

Dalam temubual itu, Nagatomo memberitahu:

“Bagi saya secara peribadi, jika perkara itu tidak berlaku, saya tidak akan berada ditempat sekarang”

Berada dalam persekitaran yang lebih elit, berjaya membentuk Nagatomo sebagaimana beliau sekarang. Beliau berusaha keras setiap hari demi membalas pengorbanan ibunya yang membayar semua yuran dan wang saku tanpa sebarang biasiswa diterima.

“Saya memulakan latihan dipadang seawal jam 5 pagi sendirian sebelum memulakan sesi persekolahan. Dan ketika rehat tengahari pula, saya akan berada di gym untuk membina kekuatan otot. Pendek kata, asalkan ada masa terluang, saya akan membuat latihan”

Nagatomo Adalah Defensive Midfielder Utama Higashi Fukuoka

Higashi Fukuoka pada ketika itu adalah dibawah bimbingan Morishige Junya, bekas pemain ANA Yokohama Flugels dan Avispa Fukuoka.

Nagatomo ditugaskan untuk beraksi sebagai ‘defensive midfielder’, dan berjaya muncul sebagai pemain utama dalam 2 tahun bersama skuad itu.

yuto nagatomo

NAGATOMO #10 BERSAMA RIVAL TERBESAR KETIKA ZAMAN PERSEKOLAHAN.

“Higashi Fukuoka pada ketika itu banyak menggunakan serang dari sayap kiri dan kanan, dan hantaran yang tepat kepada kedua-dua pemian bahagian itu adalah paling penting.”

“Ketika itu saya terpaksa fokus kepada bagaimana untuk melakukan hantaran yang tepat menggunakan kedua belah kaki. Itu adalah punca kenapa sekarang saya mampu beraksi sebagai ‘full back’ kiri dan kanan. Kerana latihan ini”

Melanjutkan Pelajaran Ke Fakulti Ekonomi Meiji Univerisiti

Yuto Nagatomo

YUTO NAGATOMO (DUDUK PALING KIRI #2) KETIKA BERSAMA SKUAD MEIJI UNIVERSITI.

Ketika pada tahun ke 3 di Higashi Fukuoka High School, Nagatomo berjaya membawa skuad itu ke saingan All Japan High School Tournament 2004, namun ditewaskan oleh pasukan Ichiritsu Funabashi 5-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1.

Kekalahan awal itu menyebabkan Nagatomo kurang mendapat perhatian dari ‘scout’ yang hadir pada kejohanan itu. Disebabkan itu, Nagatomo gagal mendapatkan ‘recommendation’ atas merit sukan untuk memasuki univerisiti.

Beliau diterima masuk ke fakulti ekonomi Meiji Universiti kerana menerima ‘recommendation’ dari Higashi Fukuoka.

Nota: Di Jepun, semua pelajar perlu menduduki peperiksaan kemasukan dan lulus sebelum diterima masuk ke sesebuah universiti melainkan mempunyai ‘recommendation’.

Tersisih Dari Skuad Utama, ‘Slipped Disc”, Bersorak Untuk Pasukan dan Pachinko

Pada tahun 2005, Nagatomo mula menyertai skuad bola sepak Meiji Universiti dibawah kendalian Kamikawa Akihiko.

Menurut Kamikawa, Nagatomo mempunyai pakej lengkap sebagai full back berdasarkan kekuatan fizikal yang ada, kepantasan larian serta keupayaan untuk menjana serangan dengan pantas.

Namun semuanya tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila Nagatomo diserang penyakit lamanya – slipped disc @ Hernia.

Disebabkan penyakit itu, Nagatomo tersisih terus dari skuad Meiji Universiti kerana tidak mampu untuk bermain bola diatas padang lagi. Beliau banyak menghabiskan masa sebagai penonton dan pemukul gendang memberikan sokongan kepada skuad Meiji Universiti yang beliau sepatutnya beraksi.

Nagatomo mulai merasa tekanan kerana perkara itu. Beliau hanyut seketika dan lebih banyak mengunjungi pusat pachinko bagi menenangkan jiwanya.

Kakak beliau dengan bantuan rakan-rakan universiti sedaya upaya memberikan sokongan dan bantuan untuk mengembalikan Nagatomo semula.

Kembali Beraksi Dengan Memakai Bekung Dipinggang

Setahun berlalu, pada Ogos 2006, Nagatomo telah pulih dari penyakit dan sedia kembali ke padang. Pada ketika itu, liga sudah memasuki pusingan kedua dan Nagatomo berjaya tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan sejak menyertai skuad Meiji Univeristi dengan memakai bekung dipinggang untuk mengelakkan penyakit itu kembali.

Kamikawa Akihiro memberitahu beliau cukup kagum dengan keupayaan Nagatomo selepas hanya 3 perlawanan sehingga beliau berani meletakkan Nagatomo sebagai ‘center back’ menggunakan formasi 3 pemain pertahanan kerana bakat dan kelajuan yang ada padanya.

Detik Permulaan Bersama Pasukan J1 League, FC Tokyo

Sekitar bulan Mac 2007, skuad Meiji Universiti dijadualkan untuk bertemu pasukan J1 League, FC Tokyo dalam satu perlawanan persahabatan.

Ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan FC Tokyo ketika itu Hara Hiromi kagum dengan prestasi Nagatomo kerana berjaya mengekang pergerakan penyerang import FC Tokyo dari Brazil, Rychely Cantanhede de Oliveira.

2 bulan kemudian, Nagatomo sudah mula menerima lesen istimewa untuk beraksi bersama pasukan FC Tokyo walaupun masih berstatus seorang pelajar dan pemian pasukan Meiji Univeristi.

yuto-nagatomo_1q79w9qe7g50c1mkxjmgxm1y6d

Debut Nagatomo bersama FC Tokyo hadir ketika pusingan suku akhir kejohanan Yamazaki Nabisco Cup bertemu Yokohama F Marinos dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dengan prestasi itu juga, beliau telah terpilih untuk menganggotai skuad bawah 22 tahun Jepun untuk kelayakan sukan Asia 2008. Aksi pertama Nagatomo adalah ketika bertemu Malaysia dalam perlawanan kumpulan B, dimana Jepun menewaskan Malaysia 3-1 di Tokyo, gol pertama Jepun adalah hasil tandukan Nagatomo.

Tidak Mahu Menunggu Konvokesyen Untuk Kontrak Profesional

Setahun sebelum menamatkan pengajian di Meiji Universiti, Nagatomo telah membuat keputusan yang drastik untuk menandatangani kontrak profesional bersama FC Tokyo.

Ramai yang mahu beliau menamatkan pelajaran dahulu sebelum bergelar pemain profesional tetapi Nagatomo memberikan sebab yang tidak mampu dijawab oleh sesiapa pun.

“Saya mahu meringankan beban yang ditanggung oleh seorang wanita yang membesarkan 3 orang anak secara bersendirian supaya tidak susah seperti sebelum ini.”

Dengan kontrak profesional, Nagatomo wajib meninggalkan skuad Meiji Universiti dan hanya boleh beraksi untuk FC Tokyo sahaja.

Yuto+Nagatomo+Yoshiaki+Ota+FC+Tokyo+v+Vegalta+fh1jgZZjCgHl

Nagatomo menamatkan pelajarannya di Meiji Universiti dengan thesis bertema “Kajian Kebudayaan Orang Inggeris”.

Selepas itu, Nagatomo terus beraksi dengan bersungguh-sungguh tanpa menoleh ke belakang lagi dan mendapat ‘call-up’ skuad senior Jepun yang diketuai oleh Takeshi Okada pada perlawnan Kirin Cup bertemu Ivory Coast sekitar Mei 2008.

2009, Nagatomo mula mempunyai jurulatih fizikal sendiri untuk meningkatkan kelajuan larian serta memerhatikan bagaimana corak larian untuk memaksimakan potensi yang ada padanya bersama Doizaki Koichi.

Peluang Ke Eropah Muncul Selepas Piala Dunia 2010

AC+Cesena+v+Lecce+Serie+A+tlfPdslrKjZx

Muncul beraksi dalam Piala Dunia 2010, dan merupakan detik dimana Nagatomo diperhatikan oleh banyak kelab eropah. AC Cessena yang kali pertama berjaya kembali ke Serie A dalam tempoh 20 tahun mengambil beliau sebagai pemain secara pinjaman.

Massimo Ficcadenti mendedahkan bahawa, Nagatomo mampu beraksi baik samada dikiri atau kanan. Tetapi apabila dilihat dari perspektif ‘possesion’ dan ‘vision’, Nagatomo lebih efektif apabila bermain disebelah kiri.

16 penampilan bersama AC Cesena, pada 31 Januari 2011, kelab dari Itali itu bersetuju untuk membeli Nagatomo secara tetap dengan nilai 1.7 juta Euro.

Dan pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk eropah tahun yang sama, Inter Milan menawarkan Davide Santon kepada AC Cesena untuk mengambil Nagatomo secara pinjaman.

150878_heroa

Setengah musim beraksi secara pinjaman bersama Inter Milan, telah berjaya meyakinkan kelab itu untuk menandatangani beliau sebagai pemain tetap dengan kontrak 5 tahun sehingga musim 2016 tamat.

Dan terkini, Nagatomo telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan selama 3 tahun sehingga 30 Jun 2019.

Pesanan Untuk Pemain Sekolah Tinggi Jepun Sekarang

Dalam masyarakat kita ini, terdapat ramai pemain yang berbakat besar, tetapi bakat yang besar itu tidak menjamin kejayaan dimasa depan.

7LUOOIST010M0005

Mana-mana pemain sekalipun memiliki keupayaan tetapi tiada siapa yang tahu bila kemuncaknya.

Jangan berputus asa terus berusaha keras, cabar diri secara konsisten, pasti peluang akan datang kepada anda. Hanya fokus kepada kekuatan yang ada, pastikan tiada siapa mampu mengalahkan anda.

Selain dari itu, yang paling penting adalah kekuatan mentaliti. Pemain kelas pertama tidak akan takut dengan apa juga situasi.

Dalam permainan perlu ada keyakinan, perlu mencipta ‘strong points’ dan jadilah seorang pemain yang mampu bermain dengan mentaliti yang kuat dan anda akan berjaya.

Selamat Tahun Baru 2018!

sumber

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *