6 Pemain Bola Sepak Terkenal Yang Juga Handal Dalam Sukan Lain

Bagi peminat bola sepak, mempunyai pemain-pemain yang dikagumi merupakan satu penghormatan atas keupayaan atlit tersebut. Ada masanya seronok juga bila kita diberikan peluang untuk melihat sisi lain pemain-pemain yang kerap kita tonton di kaca televisyen ini.

Hari ini, kami kompilasikan kepada anda 6 pemain bola sepak yang pernah mempunyai kerjaya dalam bidang sukan selain bola sepak, mana tahu anda pun turut sama mendapat inspirasi hasil daripada kebolehan mereka.

1. Roy Keane dan Wayne Rooney

roy keane boxing

Roy Keane, legenda Manchester United merupakan seorang ahli tinju sejak berumur 10 tahun. Beliau telah pun menjalani 4 kali perlawanan dalam liga tinju peringkat novice di Ireland sebelum betul-betul memfokuskan dirinya menjadi pemain bola sepak. (rujukan)

wayne rooney boxing

Wayne Rooney juga adalah seorang atlit tinju yang hebat dan pernah menyertai latihan tinju. Namun apabila berumur 15 tahun pasukannya ketika itu Everton memberikan syarat untuk dia meninggalkan sukan tersebut dan fokus pada kerjaya bola sepak sahaja. Ketika itu Rooney dilihat sudah mampu untuk memasuki kesebelasan utama Everton.

2. Zlatan Ibrahimovic

zlatan menerima tali pinggang hitam

Zlatan! Zlatan! Zlatan! Bagaimana agaknya Zlatan jika dia memilih untuk meneruskan karier awalnya sebagai seorang atlit takewondo? Mempunyai tali pinggang hitam seni mempertahankan diri ketika berusia 17 tahun, Zlatan memilih untuk menjadi pemain bola sepak professional. Walaupun begitu, kelukaannya terubat apabila beliau dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat daripada pasukan taekwondo kebangsaan Itali pada 2010, atas jasanya mempromosikan sukan tersebut di Itali. (rujukan)

3. Gareth Bale

gareth bale ragbi dengan kapten wales

Gareth Bale bukannya sekadar seorang atlit hebat, dia adalah seorang atlit serba boleh yang hebat. Semenjak zaman sekolah, Bale sudahpun menjadi wakil dalam acara ragbi, hoki dan acara atletik. Mempunyai kepantasan mengkagumkan 11.4 saat dalam acara 100 meter ketika berumur 14 tahun, Bale juga menyertai acara 800 meter, 1500 meter dan larian jarak jauh. Pengalamannya dalam acara larian membuatkan dia menjadi salah seorang pemain bola sepak terpantas dunia. (rujukan)

4. Gabriel Batistuta

gabriel batistuta main polo

Penyerang legenda Argentina dan Fiorentina, Gabriel Batistuta merupakan pemain yang banyak dijadikan contoh kepada penyerang-penyerang bola sepak generasi baru. Kariernya tidak panjang selepas mengalami kecederaan kronik pada bahagian buku lali. Selepas itu beliau sempat menjadi pemain polo kuda professional pada tahun 2009 dan memenangi kejohanan berprestij Copa Stella Artois di Argentina.(rujukan)

5. Paolo Maldini

paolo maldini main tennis

Pasti ramai masih ingat legenda Itali dan AC Milan ini. Maldini merupakan pemain pertahanan terbaik dunia satu masa dulu. Yang jelas dia tidak dapat meninggalkan sukan dari hidupnya. Maldini memang dari dulu mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan tenis.

Pada bulan Jun 2017, Maldini beserta rakannya Stefano Landonio membuat penampilan sulung dalam salah satu acara siri ATP Challenger melalui tiket wild card selepas memenangi satu kejohanan di Itali.

Tewas dalam 42 minit pada penampilan pertama, laluan pasangan Maldini dan Landonio mungkin sukar setakat ini, namun Maldini dikatakan berminat meneruskan karier baru beliau sebagai pemain tenis professional pada usia 49 tahun. (rujukan)

Sumber 

5 Pekerjaan Paling Unik Yang Dilakukan Pemain Bola Sepak Selepas Persaraan

Kami diajukan soalan oleh salah seorang pembaca kami, apa pekerjaan yang dilakukan oleh pemain bola sepak selepas mereka bersara. Menarik topik itu untuk diteliti kerana pemain bola sepak, selalunya menumpukan seluruh hidup mereka untuk bermain bola sepak, yang mungkin membuatkan pilihan profesion pada mereka selepas bersara agak kecil.

Namun itu tetap tidak menghalang 5 pemain bola sepak terkenal ini memilih profesion yang unik, yang dirasakan sesuai dengan kerjaya mereka. Berikut adalah 5 pekerjaan paling unik dan power dilakukan pemain yang dah bersara daripada peringkat tertinggi sukan bola sepak.

1. Pemenang Piala Dunia 98 Adalah Seorang Atlit Jijutsu

lizarazu atlit jiu jitsu

Ramai tahu Bixente Lizarazu adalah sebahagian watak paling penting dalam kemenangan Perancis ketika kejohanan Piala Dunia 1998 dan juga kejohanan Euro 2000. Namanya terus popular semasa menyarung jersi pasukan Bayern Munich dan pencapaiannya dalam sukan bola sepak merupakan satu pencapaian yang sukar ditandingi oleh kebanyakan pemain.

Mula serius dalam sukan jiu jitsu selepas memenangi kejohanan tali pinggang biru kategori dewasa 1 dalam pertandingan peringkat Eropah pada tahun 2009, menjadi dia seorang juara pada peringkat benua lagi sekali. Pada tahun 2016, Bixente dianugerahkan tali pinggang hitam dalam seni jiu jitsu selepas lebih 7 tahun mempelajari kemahiran tersebut. (rujukan)

2. Andriy Schevchenko mencuba nasib sebagai ahli politik

schevchenko politik

Bagi pemain legenda kelab AC Milan dan negara Ukraine ini, beliau telah pun ditawarkan untuk menjadi jurulatih kepada pasukan kebangsaan Ukraine, namun Schevchenko menolaknya kerana mahu mencuba nasib dalam politik pula selepas bersara pada tahun 2012.

Menjadi orang nombor 2 dalam parti yang dinamakan “Ukraine-Forward”, parti tersebut dilaporkan menjadi parti paling banyak membelanjakan dana untuk berkempen dengan isu gaji minima dibawa secara besar-besaran. Bertanding dalam 105 kerusi, parti tersebut tewas tanpa memenangi sebarang kerusi dan hanya mendapat 1.58% undi daripada rakyat Ukraine. Pada 2013, Andriy mengumumkan ingin mencuba nasib sebagai pemain golf, namun prestasi teruk dalam penampilan pertama menjadi penghalang.

3. Pemain pertahanan LIga Perdana Inggeris yang kini menjadi detektif

arjan detektif

Bagi Arjan de Zeeuw yang satu masa dulu pernah mewakili beberapa pasukan dalam liga perdana Inggeris, kerjaya selepas berakhir bola sepak beliau mempunyai beberapa pilihan. Sebagai seorang pelajar bidang perubatan yang menangguhkan pengajian untuk menjadi pemain bola sepak, Arjan boleh menamatkan pengajiannya dan menjadi seorang doktor bertauliah.

Bagaimanapun, Arjan memilih untuk menjadi seorang anggota polis atau lebih tepat lagi, seorang detektif yang mempunyai pengkhususan dalam bidang penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Belanda, bagi menyumbang semula tenaga pada negara yang dia cintai. Akar umbi sebagai pemain bola sepak tidak dilupakan dan Arjan adalah kapten kepada pasukan bola sepak kebangsaan polis Belanda.

4. Daripada penjaga gol kepada atlit gusti

tim wiese gusti

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Jerman, Tim Wiese menghadapi beberapa masalah disiplin sehingga mengakibatkan kontraknya ditamatkan namun bagi Tim, setiap kesusahan pasti ada jalan keluar jika kita mencarinya. Meminati sukan WWE sejak kecil, Tim menggunakan masa terluang beliau semasa ditamatkan kontrak untuk membina otot-otot.

Diberikan tawaran untuk menyertai WWE oleh penggusti Triple H, Tim ditawarkan memegang watak jahat dan bergandingan dengan dua nama besar dalam WWE, Cesaro serta Sheamus dalam pertarungan 3 lawan 3. Diberikan gelaran ‘The Machine’ Tim dan pasukannya memenangi pertarungan 10 minit itu.

5. Pemain lejen Sepanyol kini menghiburkan orang ramai dengan muzik tehcno

dj mendieta

Gaizka Mendieta adalah salah seorang pemain yang dikatakan sebagai jeneral kepada pasukan Sepanyol era awal 2000. Mempunyai kebolehan mengawal tempo permainan dengan baik serta pernah menjadi pemain Sepanyol paling mahal di dunia, Gaizka memang mempunyai minat untuk menjadi seorang disc jockey yang dipendam.

Pada mulanya secara senyap-senyap dia ber-DJ tanpa pengetahuan orang ramai sebelum namanya mula dikenali dan DJ Mendieta menjadi sebutan. Pada tahun 2016, bagi meraikan perlawanan akhir bola sepak Champions League di antara Real Madrid dan Athletico Madrid, acara Champions Event dianjurkan sebagai acara promosi dengan DJ Mendieta terpilih untuk menghiburkan pengunjung yang hadir.

Sumber

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *