10 Mesin Layan Diri Yang Sangat Pelik Di Dunia

Di zaman serba moden ini, pasti sukar untuk hidup tanpa mesin layan diri. Hal ini kerana kita telah terbiasa mendapatkan pelbagai barang seperti makanan dan minuman dengan menggunakan mesin ini.

Namun demikian, selepas pelbagai pembangunan teknologi, mesin layan diri telah berubah dan menjadi lebih pelbagai dalam menawarkan barang yang dijual. Malahan, terdapat mesin layan diri yang kita sendiri tidak sangka akan wujud seperti menjual seluar dalam, ketam hidup, dan juga emas.

Jom kita lihat mesin layan diri yang wujud di dalam dunia.

#1. Seluar dalam Calvin Klein

Ianya bukan seluar dalam yang sebarangan. Ianya adalah seluar dalam pereka fesyen Calvin Klein.

#2. Ketam hidup

Terdapat mesin layan diri yang menjual ketam hidup yang menyimpan ketam pada suhu 5-10c di Hangzhou di Zheijiang, Cina. Mesin ini menyimpan ketam dengan harga $3.27.

#3. Kumbang Rhinoceros

Mengumpul kehidupan seperti kumbang Rhinoceros adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak di Jepun. Kumbang digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang kehidupan haiwan liar. Sesetengah membela kumbang sebab ianya haiwan yang mudah dijaga dan digunakan untuk berlawan.

#4. Gold-On-Demand’

Mesin layan diri menjual emas yang pertama kali telah disediakan Dubai di Emirates Palace Hotel. Kini, mesin layan diri ini boleh dijumpai di Manhattan dan Las Vegas.

#5. Seluar dalam perempuan terpakai

Ianya telah diwujudkan di Jepun pada tahun 1993 dan telah diharamkan selepas itu. Pada masa itu, masyarakat tidak pasti sama ada seluar dalam itu telah digunakan atau tidak.

#6. Basikal pinjaman

Di negara seperti Holland, basikal telah digunakan sebagai salah satu pengangkutan awam. Mesin layan diri ini sangat mudah. Ianya membolehkan anda meminjam dan memulangkan basikal di tempat anda meminjamnya.

#7. Aksesori basikal

Di Brooklyn, anda boleh mendapatkan aksesori basikal daripada mesin layan diri ini. Mesin layan diri ini turut menjual makanan. Anda boleh makan sambil memperbaiki basikal anda.

#8. Kentang putar

Anda boleh mendapatkan mesin layan diri yang menjual kentang putar di Singapura.

#9. Marijuana

Terdapat marijuana yang dibenarkan di atas tuntutan perubatan. Sekiranya anda berumur 21 tahun ke atas dan anda diberi kebenaran oleh doktor, anda boleh dapatkan pelbagai jenis ganja dan brownies dari mesin layan diri ini.

#10. Buku terpakai

Terdapat juga mesin layan diri yang menjual buku-buku yang terpakai.

Apa pandangan anda tentang mesin layan diri ini? Bagaimana di negara anda? Ada atau tidak mesin layan diri yang menjual barang-barang unik ini? Sila kongsikan pandangan anda!

Sumber 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *