China Buka Perpustakaan Paling Canggih Di Dunia

Ramai orang yang berpendapat bahawa perpustakaan tidak lagi relezan kerana sudah tidak ramai orang yang mahumengunjungi mana-mana perpustakaan sekarang ini.

Bukan disebabkan kerana malas membaca, tetapi kecanggih teknologi sekarang ini membolehkan apa-apa informasi dicari dengan lebih mudah dengan menggunakan alat elektronik seperti komputer dan telefon pintar sahaja. Dengan bantuan internet, hampir semua jenis ilmu boleh diperolehi.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai lagi individu yang meminati penggunaan buku kerana berpendapat bahawa perasaan semasa memegang dan membaca buku sangat berbeza berbanding dengan alat elektronik.

Bagi memupuk kembali minat membaca di kalangan rakyatnya, kerajaan di China telah membina sebuah perpustakaan yang paling canggih di dunia.

Dikenali sebagai Perpustakaan Tianjin Binhai, perpustaakan yang dibina di Pusat Kebudayaan Binhai China ini memiliki rupa bentuk yang kelihatan seperti sebuah kapal angkasa lepas dari filem fiksyen sains sahaja.

Rekaan ini adalah hasil daripada kolaborasi dengan seorang arkitek dari syarikat Belanda yang dikenai sebagai MVRDV, pihak perancang bandar Tianjin dan Institusi Rekaan (TUPDI).

Perpustakaan ini sebesar 33, 700 meter persegi. Ia mempunyai 1.2 juta buku. Pada bahagian tengahnya, terdapat sesuatu rekaan bulat yang sebenarnya merupakan sebuah auditorium. Lihatlah betapa hebat rupa dan rekaan perpustaan yang unik ini.

Sumber : Taikotai.tv

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *