10 Jenis Gangguan Tidur Paling Ngeri, Ada Yang Boleh Buat Sampai Mati

Anda patut bersyukur sekiranya anda masih boleh menikmati tidur yang nyenyak dan selesa kerana masih terdapat ramai orang di luar sana yang gagal untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca mengapa perkara seperti ini berlaku antaranya berpunca daripada diet pemakanan, senaman dan rehat yang mampu menjejaskan kualiti tidur anda. Terdapat kajian yang mengatakan gangguan tidur ini sering berlaku akibat daripada masalah otak, neurologi dan terdapat juga disebabkan oleh masalah genetik.

Keadaan ini menyebabkan tidur anda menjadi tidak selesa, dan sering mengalami mimpi buruk. Jika terdapat dari anda, atau kawan anda, ahli keluarga yang mengalami perkara seperti ini, adalah baik untuk mendapatkan rawatan di hospital dan memulakan gaya hidup yang sihat.

Gangguan tidur ini juga boleh membawa maut. Berikut adalah 10 gangguan tidur yang mengerikan.

1. REM Behavior Disorder (REMBD)

Gangguan tidur pertama ini dikenali sebagai REM Behavior Disorder (REMBD). Gangguan ini boleh berlaku dalam masa beberapa saat sehingga satu jam. Dari masa ke masa, gangguan ini boleh menjadi semakin teruk dan lebih serius. REM Behavior Disorder telah dikaitkan sebagai keadaan neurologi.

Pernafasan yang tidak teratur, otak menjadi sangat aktif, dan tekanan darah meningkat semasa episod REM Behavior Disorder ini berlaku.

Gangguan REM Behaviour Disorder ini lebih banyak menyerang pada orang lelaki daripada wanita. Gangguan ini berlaku lebih banyak pada lelaki berumur pertengahan umur. Tetapi menurut doktor gangguan tidur ini masih boleh dirawat.

#2. Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Apnea Tidur Obstruktif adalah gangguan tidur yang sangat serius, berbahaya, dan berlaku di seluruh dunia. Dipanggil berbahaya kerana pesakit yang mengalami OSA kadang-kadang boleh mati akibat masalah pernafasan.

OSA bukan sahaja memberi kesan kepada tidur tetapi mampu mengancam nyawa. Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 12 juta orang yang terjejas akibat OSA.

Sleep Apnea disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang tidur, pola tidur, tekanan, merokok, obesiti dan tekanan darah yang tidak betul. Pada peringkat awal, gangguan ini masih boleh dirawat dengan mengikuti diet yang sihat, tidur yang cukup dan senaman.

#3. Sleep Violence

Sleep violence adalah gangguan tidur yang berkaitan dengan tingkah laku agresif. Semasa tidur mereka boleh berjalan kemudian dapat merealisasikan mimpi mereka dan melakukan kejahatan seperti menendang atau memukul orang lain, atau bahkan boleh menyeksa diri mereka sendiri.

Jenis gangguan tidur ini adalah gangguan yang paling menakutkan dan serius. Penghidap tidak boleh tidur nyenyak dan sudah tentu menjadi tidak sihat.

Bahagian yang paling teruk tentang gangguan ini adalah gangguan yang boleh membawa kepada membunuh atau mencekik pasangan atau keluarga sendiri. Walaupun dianggap tidak normal dan berbahaya, namun gangguan sleep violence ini masih dapat disembuhkan.

#4. Sleep walking (tidur berjalan)

Tidur berjalan atau sleepwalking juga dikenali sebagai ‘somnambulism’. Gangguan tidur ini membuatkan pesakit bangun dan berjalan sambil tidur. Bahagian yang paling menakutkan tentang sleepwalking adalah, pesakit mungkin dapat menyakiti atau mati semasa berjalan.

Contoh-contoh yang sering berlaku, penghidap Sleep Walking biasanya akan berjalan sambil tidur dan bercakap dengan diri mereka sendiri. Dan apabila dia bangun, dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku kepada dirinya. Gangguan tidur jenis ini disebabkan oleh jadual tidur yang sangat sedikit, kekecewaan dan minum alkohol yang terlalu banyak. Tetapi Sleep Walking dikatakan masih boleh dirawat.

#5. Night Terror

Night teror adalah gangguan tidur yang dapat membuat anda takut semasa tidur atau tiba-tiba terbangun dari tidur akibat mimpi buruk yang mengerikan.

Pada umumnya, night Terror berlaku pada kanak-kanak tetapi juga boleh menyerang pada orang dewasa.

Penghidap night teror biasanya sering bangun menjerit dan boleh segera menangis. Setakat ini sains perubatan tidak dapat mencari misteri apa yang ada dalam gangguan Night Terrors ini. Walau bagaimanapun, perubatan percaya bahawa jenis gangguan ini secara langsung berkaitan dengan sistem saraf pusat dan otak manusia.

#6. Sleep Paralysis

Sleep paralysis adalah salah satu keadaan yang paling menakutkan yang boleh berlaku kepada penghidap. Pesakit yang mengalami sleep paralysis cenderung memasuki keadaan seakan lumpuh apabila mereka bangun.

Sleep paralysis turut disertai dengan halusinasi yang mengerikan dan tekanan mental. Walaupun mata telah terbuka, tetapi mulut tidak dapat mengeluarkan suara.

#7. Narkolepsi

Narkolepsi adalah keadaan yang dikaitkan dengan tidur pada waktu siang hari yang berlebihan, yang dicetuskan oleh emosi seperti bunyi secara tiba-tiba, ketakutan, ketawa dan menangis.

Lima gejala klasik gangguan ini adalah cataplexy, ‘sleep paralysis’, halusinasi hypnagogic, dan mengantuk siang hari yang berlebihan. Narkolepsi juga dikaitkan dengan keadaan genetik dan masih dapat disembuhkan.

#8. Sindrom Kleine-Levin (KLS)

Sindrom Kleine-Levin atau dalam perubatan yang dikenali sebagai KLS adalah gangguan tidur yang berlebihan, Namun demikian, penyakit mempunyai jumlah penghidap yang sangat sedikit di dunia.

KLS adalah gangguan yang sangat jarang dan kompleks yang berkaitan dengan sistem saraf yang berlaku secara berterusan. Gangguan ini dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty Syndrome’ kerana pesakit boleh tidur lebih dari 15 hingga 20 jam.

Gangguan tidur ini serius dan menyeramkan. Gangguan ini berkaitan dengan genetik tertentu yang biasanya berlaku pada lelaki remaja. Sindrom Kleine-Levin termasuk jenis gangguan tidur yang paling dahsyat kerana sehingga kini belum ada ubat yang sesuai.

#9. Sudden Unexplained Death Syndrome (sindrom kematian)

Sindrom kematian secara tiba-tiba sehingga kini tidak dapat diterangkan secara terperinci. Paling menakutkan apabila lelaki yang sihat boleh mati dalam tidur tanpa penjelasan. Gangguan ini secara langsung berkaitan dengan kegagalan jantung dan aktiviti jantung yang tidak teratur semasa tidur.

Gangguan tidur jenis ini adalah salah satu gangguan tidur yang paling menakutkan dan paling dahsyat di dunia yang menjejas ramai orang dari negara Asia selatan seperti Thailand, Singapura, China dan Filipina. Gangguan ini disebabkan masalah genetik.

#10. Fatal Familial Insomnia (FFI)

Fatal Familial Insomnia (FFI) adalah gangguan tidur yang jarang berlaku tetapi paling berbahaya. FFI disebabkan oleh gangguan genetik dan penyakit keturunan. Gangguan tidur ini dianggap tidak boleh diubati. Gejala penyakit termasuk insomnia, halusinasi, kekeliruan, dan kecelaruan. Kebanyakan pesakit akan benar-benar tidak tidur dan akhirnya mati akibat keletihan.

Pernahkah anda mengalami gangguan tidur seperti di atas? Kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!

Sumber : https://www.taikotai.tv/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *