Nama Mohammed Kini Jadi Salah Sebuah Nama Bayi Yang Paling Popular Di Jerman

Pemberian nama seperti Jonas dan Maximilian tidak lama lagi akan berada di kedudukan belakang. Hal ini disebabkan oleh pemberian nama Mohammed telah menjadi salah satu nama bayi lelaki paling popular di Jerman.

Sejak Angela Merkel membuka sempadan pada tahun 2015, lebih daripada sejuta pendatang telah tiba di negara Jerman ini. Pertumbuhan populasi ini telah menjadi faktor dalam peningkatan nama Arab dalam kalangan bayi. Dalam masa kurang daripada satu dekad, ia telah mencapai dari kedudukan ke-97 hingga ke-26. Dalam masa tiga tahun, Mohammed boleh menduduki ranking sepuluh teratas.

Menurut data terbaru, statistik untuk 2016 telah mendedahkan nama Mohammed (atau Muhammed) naik dari tempat ke-41 pada 2015 ke kedudukan ke-26 pada tahun berikutnya sahaja. Walau bagaimanapun, ini tidak mengambil kira semua variasi ejaan, termasuk Mohamad, Mohamed, Mehmet, dan banyak lagi. Jika mengambil kira kesemua ejaan ini, maka nama Mohammed akan jauh lebih tinggi kedudukannya.

Akhbar Austria, Kronen Zeitung, baru-baru ini menyusun data menggunakan semua varian dan mendapati bahawa Mohammed telah menjadi dari nama ke-5 hingga ke 3 yang paling popular di kalangan bayi lelaki yang lahir di Vienna.

Statistik bagi nama bayi di Jerman untuk tahun 2017 akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beliau menjangkakan Mohammed berada dalam 10 nama teratas menjelang 2021 atau 2022.

Muhammed adalah nama budak lelaki paling popular di London, sebuah kaji selidik di United Kingdom yang dilakukan pada Mei 2017. Ia juga merupakan nama yang kedua paling popular di seluruh negara di Britain. Nama-nama budak lelaki yang paling popular di United Kingdom ialah, Oliver, Muhammed, Noah, Harry, Jack, Charlie, Jacob, George, Ethan dan Henry.

Bagaimanapun, Mohammed tidak pernah mendahului nama yang paling popular untuk kanak-kanak lelaki di England dan Wales kerana terdapat begitu banyak cara ejaan.

Pada 2015, terdapat 7,361 kanak-kanak yang dilahirkan dipanggil Mohammed, Muhammed, Mohammad atau Mohamed, menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan, yang menjadikannya nama nombor satu lelaki jika kesemua variasi ejaan itu diambil kira.

Di Amerika Syarikat, nama Muhammad menduduki ranking 352 pada 2016 dari segi populariti, menurut laman web Pentadbiran Keselamatan Sosial.

Untuk tahun 2016, bilangan kelahiran dengan nama Muhammad adalah 958, yang mewakili 0.048 peratus daripada jumlah kelahiran lelaki pada tahun itu.

Jerman akan menghadkan bilangan ketibaan pendatang kepada kira-kira 200,000 setahun. Di samping itu, pihak-pihak akan bersetuju untuk menetapkan jumlah orang yang akan dibenarkan menyertai keluarga mereka yang tinggal sebagai pelarian di Jerman pada 1,000 orang untuk setiap sebulan.

Apa pendapat anda tentang peningkatan penggunaan nama Mohammed dalam kalangan bayi lelaki di Jerman? Sila kongsikan pandangan anda!

 

sumber : https://www.taikotai.tv/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *