10 Jalan Paling Berbahaya Di Dunia Ini Buat Anda Rasa Seperti Memandu Dengan Sarakatulmaut

Seringkali kita melihat trafik sesak di lebuhraya-lebuhraya terutama ketika waktu pagi dan senja. Namun terdapat beberapa jalan yang tidak sesak, tetapi sangat berbahaya untuk dipandu melalui laluan tersebut.

Jom kita lihat 10 gambar laluan jalan paling berbahaya di dunia. Sekiranya laluan ini wujud di negara kita mesti anda tidak berani ambil risiko untuk memandu kecuali ia benar-benar diperlukan.

#1. Terowong Guoliang, China.

Dibina sendiri oleh penduduk pekan Guoliang. Melalui laluan gunung, terowong lurus ini mempunyai panjang 1,200 meter tinggi.

#2. Khardung La, India.

Telah diiktiraf sebagai jalan gunung paling tinggi di dunia dan jalan laluan motosikal yang tertinggi di dunia berketinggian 5,610 meter tinggi.

#3. Jambatan Eshima Ohashi, Jepun.

Laluan ala-ala roller coaster ini dibuat untuk membolehkan kapal-kapal besar melintas di bawah jambatan tersebut.

#4. Jalan lautan Atlantik, Norway.

Harus berhati-hati ketika melalui laluan ini kerana ombak besar membadai di tepi jalan pada waktu yang tertentu.

#5. Hana, Hawaii.

Terletak di Pulau Maui, jalan ini selalu ditutup disebabkan tanah runtuh.

#6. Zoji La, India.

Ketinggian laluan ini dianggarkan pada 3,528 meter dan mempunyai struktur yang berbatu.

#7. Transfagarasan, Romania.

Merupakan jalan paling tertinggi di negara itu dan mempunyai pemandangan yang cantik namun tetap berbahaya kepada pengguna jalan tersebut.

#8. Jalan Caucasus, Russia.

Salah satu jalan gunung yang sempit dan agak berbahaya sekiranya hujan atau salji.

#9. Jalan Yungas, Bolivia.

Dibina di pinggir tebing dan diliputi kabus tebal, jalan ini dianggarkan seramai 200 sehingga 300 orang pemandu menemui ajal mereka di sini setiap tahun.

#10. Kolyma, Rusia.

Kolima bermaksud “jalan maut”. Laluan ini telah dibina oleh banduan pada tahun 1932 dan berjaya disiapkan pada tahun 1953.

Sumber : https://www.taikotai.tv/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *