Bagaimana Russia Hasilkan Logo Tourism Baharu Mereka Yang Sangat ‘High Class’

Sehingga ke hari ini, netizen masih bercakap berkenaan logo Visit Malaysia 2020 (VM2020) yang akan telah dirasmikan hujung minggu lalu. Ramai yang mahu logo berkenaan ditukar kepada logo yang lebih gah dan moden.

Kontroversi logo VM2020 ini mungkin satu pengajaran berguna untuk kita semua sekiranya mahu menghasilkan satu logo yang akan digunakan secara global dan meluas. Mungkin kita boleh jadikan Russia sebagai contoh untuk membuat sesuatu rekaan logo atau kempen selepas ini.

Russia mahukan identiti baharu untuk Agensi Pelancongan Russia dan satu pertandingan terbuka telah dilancarkan oleh Agensi Pelancongan Russia bagi mencari logo serta branding kempen pelancongan terbaru negara berkenaan. Pemenang untuk pertandingan ini adalah satu pasukan pereka grafik yang manghasilkan logo diinspirasikan daripada lukisan gaya suprematist.

Suprematist adalah art movement yang menfokuskan lukisan dalam bentuk geometri asas seperti bulatan, segi empat, segi tiga serta garisan yang di warnakan dengan beberapa warna sahaja. Pengasas gaya lukisan ini adalah pelukis Russia, Kazimir Malevich di mana beliau mula melukis gaya ini sekitar tahun 1913.

Kumpulan pemenang untuk pertandingan ini adalah gabungan pereka grafik dari 4 agensi kreatif Russia yang berbeza; Supremtica, Plenum, Artonika and Art.Lebedev. Slogan untuk kempen ini juga sangat menepati konsep logo ini; ‘The Whole World Within Russia’.

Russia 1

russia 2

Untuk logo terbaru pelancongan Russia ini, setiap corak pada logo ini mewakili kawasan penting di dalam negara Russia. Gabungan warna jingga, ungu, merah dan hijau digunakan bagi mewakili setiap corak.

Menarik tentang logo ini adalah betapa versatile-nya logo ini yang boleh diguna pakai untuk dijadikan poster atau pelbagai lagi rekaan lain. Ini adalah beberapa contoh poster pelancongan Russia yang akan digunakan di seluruh Russia di masa akan datang.

russia 3

russia 4

russia 5

russia 6

“Apa yang mudah untuk menerangkan berkenaan negara anda? Banyak dan ini adalah diantaranya: makanan, seni, keindahan alam semula jadi dan perayaan,” kata Egor Myznik, creative director untuk agensi Plenum.

Perkara paling susah untuk menghasilkan logo ini bagi mereka adalah untuk menjadikannya logo ini jelas dan mudah pada masa yang sama. Logo ini menyelesaikan masalah mereka dan dapat memberikan kebebasan untuk berkarya tanpa terkeluar daripada indentiti.

Identiti terbaru pelancongan Russia ini dipilih daripada 480 penyertaan. Satu undian secara atas talian dibuka untuk memilih 10 logo terbaik dan committeeyang bertugas memilih seorang pemenang daripada 10 logo ini.

Ianya indentiti pelanconga Russia baharu yang sangat menarik dan dilancarkan secara kebetulan dengan FIFA World Cup di Russia. Inilah logo akhir yang ‘direstui’ rakyat Russia kerana mereka turut mempunyai ‘suara’ untuk memilih logo yang paling menonjol serta mewakili rakyat Russia. Semoga sebarang logo penting untuk sebarang acara penting di Malaysia di masa akan datang melalui prosedur seperti ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *