Misteri Hotel Dengan 10,000 Bilik Hotel Yang Tidak Pernah Berpenghuni Sejak Dahulu Lagi

Sebuah hotel memiliki 10,000 bilik hotel yang terletak di Pulau Rugen, Jerman, telah dibina sekitar tahun 1936 sehingga 1939, tiga hari sebelum Perang Dunia Kedua meletus.

Lokasinya yang terletak berhadapan dengan laut adalah strategik untuk menarik minat pelancong. Ditambah pula dengan pemandangan alam sekitarnya yang menghijau sudah pasti akan membuatkan ramai pengunjung mahu bermalam di hotel ini.

Namun, sejak bangunan ini telah siap dibina sehingga kini, tidak ada seorang pun tetamu yang sempat menginap di hotel ini kerana mempunyai sejarah lampau yang tersendiri.

Pemimpin Jerman, Adolf Hitler pada ketika itu menginginkan sebuah resort mewah yang bukan sahaja memiliki hotel di dalamnya namun juga dilengkapi dengan panggung wayang, teater dan pentas konsert untuk memberikan pengalaman bercuti yang terbaik bagi warga Jerman.

Pembinaan hotel yang melibatkan tenaga kerja seramai  9,000 orang pekerja bagi membina 8 blok bangunan dengan panjang sejauh 4.5 km. yang memiliki 10,000 bilik yang dapat menampung 20,000 tetamu.

Tetapi apabila berlaku perang pada tahun 1939, semua pekerja telah dipindahkan untuk bekerja sebagai tentera bagi menjaga keamanan negara. Inilah punca sebenar hotel terbesar di dunia ini tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana tetamu luar.

 

Sumber : https://www.taikotai.tv/

 

5 Kanak-kanak Kacukan Korea Yang Paling Comel Di Dunia

 

Berdarah kacukan adalah bonus bagi individu dek kerana memliki rupa paras yang menawan. Negara Korea tidak asing lagi memiliki wajah asia yang cantik di dunia.

Kulit halus bak telur yang baru dikupas, bibir yang munggil dan pipi yang kemerah-merah merupakan impian setiap individu untuk memilikinya.

Kacukan dari negara luar dan Korea adalah sangat cantik dan tampan yang menjadi tumpuan masyarakat.

Kepada ibu-ibu mengandung, jom lihat gambar comel kanak-kanak berdarah kacukan ni. Mana tahu wajah cute mereka ni turun ke anak anda.

#1. Ella Gross (Amerika + Korea)

#2. Ilayda Yilmaz ( Turki + Korea)

#3. Lauren Lunde (Kanada + Korea)

#4. Lincoln Paul Lambert

#5. William Hammington (Australia + Korea)

Sumber : https://www.taikotai.tv/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *