Dimanakah Sebenarnya Galeri Buku Tertua Di Dunia?

Terdapat percanggahan pendapat tentang galeri buku yang manakah yang tertua di dunia. Tempat-tempat yang bersejarah ini adalah lokasi yang perlu dilawati oleh pengumpul-pengumpul buku. Rekod Dunia Guiness telah mengiktiraf Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal sebagai yang tertua tetapi Moravian Book Shop di Bethlehem, Pennsylvania mungkin boleh menyangkal pengiktirafan tersebut.

galeri bertrand

Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal dibuka pada tahun 1732 oleh Peter Faure. Terletak di nadi Lisbon, bersebelahan dengan Opera, galeri buku ini dianggap sebagai yang tertua di dunia dan diberi pengiktirafan tersebut oleh Rekod Dunia Guiness pada tahun 2011.

Gempa bumi dahsyat di Lisbon pada tahun 1755 telah memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut termasuk binaan asal galeri ini. Galeri ini terpaksa berpindah ke lokasi baru, tetapi selepas 18 tahun, pada tahun 1733, Joseph Bertrand telah membeli semula galeri ini yang kini dibina semula sebagai Lisbon Baixa. Kemudian lahir pula The Livraria Bertrand Bookstore sebagai premis sokongan kepada Bertrand Bookstore dengan lebih 50 cawangan di seluruh Portugal. Premis sokongan ini memiliki media cetaknya sendiri, bengkel untuk cetakan dan penulisan, malah turut memiliki jenis tulisannya yang tersendiri. Tulisan ini dipamerkan dengan jelas pada papan tanda di hadapan galeri tersebut.

suasana di dalam galeri bertrand

Pada hari ini, lokasi kegemaran pelancong tersebut telah menambah kafe dan ruang untuk sebarang aktiviti kebudayaan. The Bertrand Bookstore menjual buku dalam bahasa Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Perancis. Sebagai tambahan, servis ebooks turut disediakan dalam bahasa Portugal dan bahasa Inggeris.

Walaupun diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness, gempa bumi yang telah menghentikan operasi galeri Bertrand untuk satu tempoh telah mencetuskan beberapa debat tentang fakta ini.

Moravian Bookshop di Bethlehem, Pennsylvania yang dibuka pada 1745 adalah galeri buku tertua di Amerika Syarikat. Menurut laporan The Guardian, lokasi ini boleh dianggap sebagai galeri tertua di dunia yang beroperasi secara berterusan. Diasaskan oleh Samuel Powell, galeri asalnya banyak menempatkan teks-teks keagamaan. Galeri tersebut telah bertukar lokasi beberapa kali, termasuk di Philadelphia dimana mereka menjual dan mencetak buku-buku.

moravian book shop

Galeri ini yang satu ketika hanya sebuah kedai buku yang kecil telah berkembang sehingga 15,000 meter persegi dan membuka cawangan kedua di Allentown.

Jika anda sedang meneliti satu lorong yang mengandungi lebih dari 10,000 buah buku, dan anda berasa lapar ketika sedang menyemak helaian-helaian buku-buku tersebut, terdapat kaunter makanan dengan makanan-makanan yang berkualiti tinggi disediakan di dalam Moravian. Galeri tersebut juga terkenal dengan penjualan dekorasi tradisional untuk sambutan Krismas di Jerman yang digelar Moravian Star. Setiap tahun galeri tersebut menjual beratus-ratus hiasan bintang yang mempunyai 26 bucu ini yang turut dipanggil sebagai Advent Stars.

galeri buku moravian

Jadi, galeri buku manakah yang tertua? Dalam situasi ini, apa yang boleh dilakukan adalah pergi melawat kedua-duanya. Sementara itu, anda juga boleh melawat galeri Korn & Berg di Jerman. Ia adalah galeri buku tertua di Jerman yang mempunyai sekumpulan penyokong setia yang tegas menyatakan bahawa ia adalah galeri yang tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1531 oleh Johann Ott, 39 tahun selepas Colombus menjumpai Amerika, sebuah laman sesawang mendedahkan penerangan terperinci tentang sejarah kedai tersebut dan peristiwa utama yang berlaku di Jerman dari semasa ke semasa.

galeri korn berg

Samada anda memilih Bertrand, Moravian ataupun Korn & Berg, mungkin tidak salah untuk mengatakan banyak francais-francais galeri atau kedai buku yang terkenal pada hari ini masih berjuang untuk kekal dalam dunia perniagaan, adalah sesuatu yang menakjubkan untuk melihat ketiga-tiga galeri yang penuh bersejarah ini masih kekal utuh beroperasi.

Rujukan : www.completeset.com

Sumber : https://iluminasi.com/bm/yang-manakah-galeri-buku-tertua-di-dunia.html

 

10 Jenis Iklan Yang Susah Dapat ‘Approval’ Dan Tidak Disukai Facebook

 

10 jenis iklan yang dibenci facebook

Dengan jumlah pengguna aktif di Facebook yang sudah mencecah 2 bilion orang pada tahun 2017, Facebook sememangnya platform utama kebanyakan peniaga dalam talian mengiklankan produk mereka melalui Facebook Ads. Tetapan dan fungsi Facebook Ads yang canggih juga membolehkan pemilik bisnes mengiklankan perniagaan mereka kepada kelompok tertentu sahaja berdasarkan pelbagai faktor seperti jantina, umur, lokasi dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, mengiklankan perniagaan di Facebook tidak menjamin sebarang keuntungan kepada pemilik bisnes. Terdapat banyak faktor yang menjadikan sesuatu iklan itu berkesan antaranya penggunaan gambar yang menarik, tajuk yang memikat dan penulisan yang padat.

Selain itu, tidak semua bisnes yang diiklankan oleh Facebook akan dipaparkan. Kali ini, kami ingin berkongi beberapa jenis iklan atau bisnes yang diharamkan sama sekali untuk diiklankan di Facebook. Membuat iklan yang memaparkan bisnes yang disenaraikan ini akan menyebabkan iklan akan tidak diterima oleh Facebook.

1. Tembakau – Produk yang berkaitan dengan tembakau seperti rokok, rokok seludup, hookah, vape dan perkara seumpanya adalah dilarang sama sekali untuk diiklankan di Facebook.

2. Dadah – Marijuana merupakan sejenis dadah yang dibenarkan oleh undang-undang di beberapa negeri di Amerika Syarikat antaranya California, iaitu kawasan ibu pejabat Facebook. Walau bagaimanapun, pengiklanan produk dadah adalah diharamkan sama sekali di mana-mana kawasan di seluruh dunia.

3. Produk atau servis untuk orang dewasa – Iklan yang mempromosikan kelebihan perancangan keluarga adalah dibenarkan sementara iklan yang mempromosikan keseronokan membuat seks adalah dilarang. Sebagai contoh, iklan kondom dengan ayat “Amalkan seks selamat dengan pemakaian kondom jenama kami” adalah dibenarkan sementara iklan berbunyi seperti “Gunakan alat seks kami untuk seks yang lebih nikmat bersama pasangan anda” adalah dilarang sama sekali.

4. Kandungan yang mengelirukan – Iklan yang ditulis mestilah benar dan realistik. Sebagai contoh, iklan yang berbunyi “Ketahui cara untuk buang lemak di perut” adalah dibenarkan sementara iklan yang berbunyi “3 cara mengejutkan untuk kurangkan berat badan dalam masa yang singkat” adalah dilarang sama sekali.

5. Produk sistem pengawasan dan keselamatan – Facebook bukanlah platform untuk menjual barangan pengawasan keselamatan seperti kamera pengintip, penjejak telefon pintar, kamera pengawasan tersembunyi dan seumpamanya.

6. Kandungan kontroversi – Iklan yang boleh mencetuskan kontroversi tidak kiralah berkaitan topik politik, masalah sosial dan sebagainya untuk tujuan apapun adalah tidak dibenarkan untuk diiklankan di Facebook

7. Iklan sebelum dan selepas penggunaan produk – Kebiasaannya, produk kecantikan dan kesihatan akan memaparkan testimonial keberkesanan produk dengan meletakkan gambar pengguna sebelum menggunakan produk dan selepas menggunakan produk. Iklan seperti ini dilarang keras di Facebook.

8. Penggunaan tatabahasa yang salah – Iklan yang dihasilkan perlulah nampak kemas dan tersusun. Facebook sama sekali tidak akan menerima iklan yang mempunyai tatabahasa yang salah dan susunan ayat yang tidak tersusun.

9. Senjata – Walaupun terdapat beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang membenarkan pemilikan senjata dari segi undang-undang, Facebook mengharamkan sama sekali sebarang iklan berbentuk penjualan senjata.

10. Cryptocurrency– Peningkatan cryptocurrency seperti Bitcoin, LiteCoin, Ethereum dan lain-lain mengakibatkan kewujudkan banyak program-program atau skim-skim scam sehingga terlalu sukar buat pengguna untuk membezakan antara program yang betul dan scam. Buat masa ini Facebook telah mengharamkan sama sekali sebarang iklan yang mempromosikan servis atau skim berkaitan cryptocurrency.

mark zuckerberg bitcoin

Senarai di atas adalah hanya segelintir sahaja daripada puluhan jenis iklan yang diharamkan di Facebook. Untuk senarai penuh, boleh rujuk pada halaman rasmi Facebook Advertising Policies.

Sebagai sebuah platform media sosial dengan jumlah pengguna yang begitu ramai, pihak Facebook mengatakan polisi iklan yang dibuat ini adalah bagi melindungi pengguna daripada iklan yang mencurigakan dan iklan yang berbentuk scam. Pihak Facebook juga sentiasa mengemaskini polisinya berdasarkan maklumbalas daripada penggunanya.

Kredit:

  1. Recode
  2. Tech Crunch

Sumber : https://iluminasi.com/bm/10-jenis-iklan-yang-tidak-boleh-diiklankan-di-facebook.html

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *