10 Nama Tempat Paling Panjang Di Dunia

Menurut Sinar Harian, nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam merupakan nama yang paling panjang dalam sejara pendaftaran di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Bagi nama tempat pula, kita tidak mempunyai nama tempat yang begitu pelik atau terlalu panjang. Mungkin disebabkan sudah biasa, kita berasakannya sebagai sesuatu yang normal.

Namun, bagaimana pula bagi nama tempat yang mempunyai berpuluh-puluh abjad, yang hampir mustahil untuk disebut, apatah lagi untuk dieja? iluminasi.com ingin berkongsi 10 nama tempat paling panjang di dunia.

Nota : Nama tempat dengan satu perkataan sahaja

10. Mamungkukumpurangkuntjunya – Australia

mamungkukumpurangkuntjunya hill

Nama tempat yang terdiri daripada 26 huruf ini merupakan sebuah bukit yang terletak di Australia Selatan, kira-kira 108.8 kilometer dari barat laut sebuah bandar kecil iaitu Marla.

Nama ini diperoleh daripada bahasa Pitjantjatjara iaitu bahasa orang Asli di padang pasir Australia tengah. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai nama tempat paling panjang di Australia.

9. Bovenendvankeelafsnysleegte – Afrika Selatan

ladang bovenendvankeelafsnysleegte

Terletak di Afrika Selatan, lebih tepat di Upper Karoo di Bandar Cape Utara, Bovenendvankeelafsnysleegte merupakan sebuah ladang. Nama ini berasal daripada bahasa Afrika yang bermaksud “hujung lembah”. Ladang ini terletak di ketinggian 923 meter atas paras laut.

Dengan jumlah sebanyak 27 huruf, Bovenendvankeelafsnysleegte merupakan nama tempat kedua terpanjang di Afrika Selatan.

8. Venkatanarasimharajuvaripeta – India

stesen venkatanarasimharajuvaripeta

Agak unik, perkataan yang mempunyai 27 abjad ini, Venkatanarasimharajuvaripeta, merupakan nama bagi sebuah stesen keretapi di Andhra Pradesh yang terletak di sempadan negeri Tamil Nadu, India.

Stesen ini sangat mudah dibezakan daripada stesen-stesen yang lain disebabkan namanya yang terlalu panjang. Namun, “Sri” adalah awalan yang digunakan bagi memudahkan dan meringkaskan sebutan nama stesen ini.

7. Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik – Kanada

pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik lake

Ditabalkan sebagai nama tempat paling panjang di Kanada dengan jumlah abjad sebanyak 31 huruf, Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik adalah sebuah tasik yang terletak di timur laut Manitoba berdekatan sempadan Ontario.

Ia bermaksud “tempat di mana mata kail digunakan untuk menangkap ikan trout liar”, yang diperolehi daripada bahasa Cree.

6. Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä – Finland

teritsiputeritsipuolilautatsij nk

Terdiri daripada 35 abjad, Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä diiktiraf sebagai nama tempat paling panjang di Finland, dan kedua terpanjang di Eropah. Ia merupakan nama sebuah kawasan tanah lembap di Lapland, wilayah paling utara di Finland.

Nama ini juga digunakan oleh seorang pemilik pub bagi mendaftarkan nama pubnya selepas gagal sebanyak 2 kali semasa proses pendaftaran.gagal dalam cubaan mendaftarkan nama pubnya.

Ia dikatakan bukan berasal daripada bahasa Finland dan dipercayai tidak mempunyai apa-apa maksud.

5. Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea – Sepanyol

azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea

Merupakan nama tempat paling panjang di Sepanyol dan Eropah, dengan jumlah 39 abjad, Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea mendapat namanya daripada bahasa Bosque.

Ia dikatakan bermaksud “tanah rendah di pena yang tinggi di Azpilkueta”, nama tempat ini terletak di daerah Navarra, utara Sepanyol.

4. Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein – Afrika Selatan

tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein

Diperolehi daripada bahasa Afrika yang bermaksud “air pancut di mana 2 ekor kerbau dibunuh dengan satu balingan”, nama tempat dengan 44 abjad ini merupakan yang terpanjang di benua Afrika.

Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein merupakan sebuah ladang yang terletak di wilayah barat utara Afrika Selatan, 200 kilometer ke barat Pretoria.

3. Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg – United States

chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg

Dengan jumlah keseluruhan abjad sebanyak 45, yang mana 15 daripadanya merupakan abjad “g”, tasik yang diberi nama Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg ini terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Tasik Webster.

Nama tempat kedua terpanjang di dunia ini berasal dari Nipmuc, iaitu bahasa Algonquian. Tasik yang berkeluasan 5.84 kilometer persegi ini bermaksud “titik memancing yang berada di sempadan dan merupakan titik pertemuan neutral”.

Ia juga nama tempat terpanjang di Amerika Syarikat dan benua Amerika.

2. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch – Wales

llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Disebabkan terlalu panjang dan mustahil untuk disebut, Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch yang mempunyai 58 abjad ini diringkaskan kepada Llanfairpwll atau Llanfair PG.

Ia merupakan nama kepada satu komuniti yang besar, dan kampung yang terletak di Wales di Pulau Anglesey. Nama ini direka pada tahun 1860-an bagi tujuan promosi. dan komuniti ini dikenali sebagai Llanfair Pwllgwyngyll pada awalnya.

Namun ianya ditukarkan pada abad ke-19 bagi mempromosikan tempat ini sebagai pusat tarikan pelancong. Populasi komuniti ini adalah sebanyak 3,040 pada tahun 2011, dan merupakan nama tempat terpanjang di United Kingdom.

1. Taumatawhakatangi­hangakoauauotamatea­turipukakapikimaunga­horonukupokaiwhen­uakitanatahu – New Zealand

taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu

Jika anda cuba melakukan pencarian nama ini di Youtube, anda akan mendapat seorang lelaki berjaya menyebutnya dan ia mengambil masa 8 saat. Taumatawhakatangi­hangakoauauotamatea­turipukakapikimaunga­horonukupokaiwhen­uakitanatahu merupakan nama sebuah bukit berdekatan Porangahau di selatan Teluk Hawke, New Zealand.

Berketinggian 305 meter, nama yang berjumlah 85 abjad ini berasal dari bahasa etnik orang asli iaitu Maori. Nama ini bermaksud “tempat dimana Tamatate, lelaki yang mempunyai lutut yang besar, memanjat gunung, penggelongsor, penjaga tanah yang mengembara, bermain seruling hidung untuk yang tersayang”.

Nama ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai nama tempat terpanjang di dunia. Tak cukup dengan itu, nama ini mempunyai versi lain yang lebih panjang, namun mempunyai sempang.

Bagi memudahkan sebutan, ia disingkatkan kepada Taumata.

Rujukan :

1. World Atlas

2. Wikipedia

SUmber : https://iluminasi.com/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *