Jadikan Peninggalan Kita Sesuatu Yang Bermakna

Ramai yang kita jumpa, berkongsi cerita berkongsi rasa berkongsi suka.

Sama ada teman, kawan biasa, kenalan socmeds (baca: social media), makcik pakcik stesen bas. Banyak, ramai.

Cuma adakah yang datang dan pergi dari hidup kita itu memberi kesan? ataupun hanya sekadar berlalu sama seperti berlalunya masa?

Masa berlalu , jumpa orang baru .

Yang dulu, entahlah. Apa masih ingat aku?

Biasalah tu konsep people come and go.

Kita pun macam tu. Ada masa kita jadikan mereka sebagai persinggahan. Ada yang kekal, ada yang sekejap kenal lepastu kita lupa.

Pernah terfikir tak apa yang dah kita tinggalkan dalam hidup seseorang lepas kita beransur pergi dari kehidupan mereka?

Ada yang tinggalkan cerita untuk dijadikan bekal kekuatan

Ada yang tinggalkan inspirasi untuk memotivasi iman dihati

Ada yang tinggalkan derita untuk kita belajar jadi lebih kuat

Ada yang tinggal kenangan, cukup untuk melukis garis manis di wajah pabila kita mengingatinya.

Dan ada juga yang pergi tak tinggalkan apa apa. Jadi kita yang mana ?

Allahyarham saudara ahmad ammar jelas memberi gambaran yang jelas tentang betapa bermaknanya kehidupan beliau sehinggakan berjaya mengecapi sebuah kematian yang menghidupkan.

Ya, juga sebuah pemergian yang cukup sesuatu bagi seluruh insan yang mengenali mereka.

Ahmad Ammar yang pada awal kehidupannya cumalah seorang insan yang serupa seperti kita sedaya upaya mencari ilmu untuk disebarkan kepada umat.

Pada awal kehidupannya, beliau juga sama seperti pelajar pelajar muda yang lain namun yang membezakannya adalah perjuangan dan kegigihan beliau dalam menuntut ilmu dan menyebarkannya walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Namun begitu, beliau telah direzekikan syahid pada saat beliau terlibat di dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan menyebarkan ilmu.

Indah bukan?

Sudahlah cara hidup indah, cara mati juga indah — malah sangat menghidupkan jiwa jiwa yang masih bernyawa.

Lalu tanya pada diri, apakah sumbangan kita untuk ummah?

Sedikit masa yang berbaki ni, eloklah jika kita jadi yang terbaik dan tinggalkan yang baik baik sebelum kita benar benar menjadi orang yang meninggalkan.

Masa kita bukannya lama pun, ada masa kita bertemu yang baru, ada masa kita berpisah dengan yang dulu.

Itulah hidup. Nak taknak kena la terima.

Jadi jelah yang baik baik tinggalkan yang baik baik,  kalau taknak diingati dengan kebaikan sekalipun, jangan lah pula kita tinggalkan luka calar yang pada akhirnya hanya mendukakan orang lain.

Ciptalah kenangan semanis mungkin, tinggalkanlah kesan yang bermakna di dalam kehidupan umat manusia.

Biar wujudnya kita, menjadi wujud yang sangat berguna.

Semoga saja.

***

Wei aku nak bagi something ni, malam karang aku whatssap kau. 

 Hah apa pulak kau kalini, apesal tak bagi je sekarang. Dah jumpa depan depan ni

Im membebel sambil tangan try hard nak bukak plastik lolipop strawberi yang Aef bagi dekat dia tadi.

Aku nak kau simpankan semua username passwords akaun aku. Segala instagram, twitter, blog, facebook semualah. Kau simpankan eh? tapi janji jangan bukak langsung selagi aku tak suruh kau bukak.

Aef membalas soalan Im tenang. Dia dah biasa dengar bebel Im si budak kecik tu.

Heh, kau gila ke? kau percaya aku? okay okay so mana password kad bank kau, taknak bagi sekali ke? 

Ceh suka betul perli membe sendiri .

bro ni semua password akaun aku, kau jangan buka dan jangan buat apa apa selagi aku ada. In case oneday apa apa jadi dekat aku, aku nak mintak tolong kau , tolong delete-kan eh . Tolong delete kan semua akaun aku. Aku taknak orang ingat aku lepastu koyak. Haha okay gurau je. Tolong eh ? thanks ! “

Im baru bukak mesej di whatssap lepas seharian busy bantu apa yang patut dekat rumah mak ayah Aef. Syukur urusan pengkebumian Aef berjalan lancar dan tenang.

Hmm macam tahu tahu je Aef ni. Im cakap sorang sorang sambil scroll skrin handphone — nak selesaikan apa yang Aef minta.

http://thef0d2b.blogspot.my/

via

Jadikan Peninggalan Kita Sesuatu Yang Bermakna

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *