Ini jawapan kenapa Kakinuma pilih FK8R hitam daripada putih.

Beliau tunggu enam bulan untuk memilik kenderaan hasil binaannya sendiri.

kakinuma typer hitam 01

Selepas menunggu enam bulan, akhirnya Penolong Ketua Projek Besar Honda Civic Type R (FK8R), Hideki Kakinuma memiliki jentera hasil binaannya itu pada hujung tahun lalu.

Kini lebih dua bulan beliau memiliki FK8R yang mana sebelum ini beliau lebih gemar memandu kenderaan jenama continental seperti BMW dan Mercedes-Benz.

Kakinuma berkata, sebagai orang nombor dua dalam pembikinan jentera berprestasi Honda itu, beliau sangat gembira selepas membeli jentera yang dibinanya sendiri.

kakinuma typer hitam 05

“Perasaan itu merangkumi ketika membangunkannya dan kini FK8R terbabit dalam kehidupan saya sebagai kenderaan pengangkutan harian,” katanya.

Beliau berkata, selepas beberapa bulan memandu FK8R, elemen utama yang ada pada jentera itu adalah prestasinya dan juga keselesaan.

“Pandangan pertama saya terhadap FK8R, ia sebenarnya sebuah jentera prestasi kelajuan tinggi dan sesuai untuk dipandu litar. Bagaimanapun, ia turut boleh digunakan untuk kegunaan harian dengan gaya pemanduan sporty.

“Penumpang juga rasa selesa dengan tempat duduk yang ditawarkan, malah anak saya pun suka FK8R,” katanya.

kakinuma typer hitam 04

Kakinuma berkata, bagi semua elemen itu, FK8R turut membuktikan ia sebuah jentera pengeluaran pacuan hadapan terpantas dunia.

“Ini adalah evolusi Type R dan saya mahu penggemar Honda dan peminat kereta berprestasi menikmati kenderaan ini,” katanya.

Ketika ditanya mengapa pilih warna hitam berbanding putih (Championship White), Kakinuma memaklumkan ketika peringkat pembangunan dalam bentuk protaip, beliau sudah biasa melihat FK8R putih dan merah.

kakinuma typer hitam 03

“Tetapi kali pertama melihat jentera itu mula dikeluarkan di Kilang Honda United Kingdom, saya ternampak barisan FK8R hitam yang sedang menunggu untuk penghantaran.

“Ia terus membuatkan saya jatuh cinta dengan warna hitam. Ia adalah warna yang hebat dan menarik,” katanya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *