MasyaAllah! Anak Kecil Ini Berumur 6 Tahun Dah Khatam Al-Quran Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

#AngkasawanNegara ini punya pendekatan tersendiri dalam mengurus anak-anaknya yang comel, cerdas dan bijak. Ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada beliau.

Kredit foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

INSAN bernama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha bukan figura asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia merupakan Orthopaedic Surgeon Malaysia dan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menyandang gelaran sebagai Angkasawan Negara yang pertama.

Diterbangkan ke angkasaraya dengan Soyuz TMA-11 pada10 Oktober 2007, ternyata lelaki istimewa ini juga punya satu lagi cabang kepakaran yang barangkali ramai tidak menyedarinya.

Menerusi muat naik demi muat naik status Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar terus memperkenalkan kaedah-kaedah pendidikan awal yang diamalkannya untuk dua puteri comel — Bella dan Tasha. Dan edisi terbaru dalam famili bahagianya adalah sepasang anak kembar lelakinya, Adam dan Noah.

InTrend ingin mengajak anda melihat bagaimana Dr. Sheikh Muszaphar menjalani hari-hari terawal sebagai seorang bapa yang menemani anaknya ke sekolah buat kali pertama. Tidak lupa, baca juga beberapa tips beliau yang boleh kalian amalkan dalam mendidik anak-anak kecil.

Temanilah Anak Anda, Ia Tanda Sokongan dan Kasih Sayang Anda

Ini Pengalaman Pertama Dr. Sheikh Muszaphar di Minggu Orientasi Anaknya:

“Heading for orientation primary one Islamic school. Bella is super excited and we are too. We just realised how fast the children grow and here we are trying to catch up. Love as always.”

Kredit foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Hari Pertama Sekolah Tapi Bella Ada Peperiksaan Rupa-rupanya…

Ini Catatan Comel Dr. Sheikh Muszaphar:

“Didn’t realise they have exams during their orientation day. No pencils or erasers or whatsoever. Haha. My mistake. Thought we just come and register. Good luck Bella. I’m cheering you up through the window. I’m sure you will do well. So that was Bella on her first day Islamic school awaiting for the exam papers.”

Kredit foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Tadika Tempat Anak Kita Belajar Bergaul dan Berinteraksi

Kata Dr. Sheikh Muszaphar:

“And here is Tasha at her Mandarin Kindergarten school. Tasha was upset because she has to sit next to a boy, haha! Be good Tasha… and don’t bully other boys.”

Kredit foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Hari Pertama Persekolahan, Ini Rupanya Gelora Perasaan Seorang Ayah

Ini yang dikongsi Dr. Sheikh Muszaphar:

“Both girls have their first day of school today. And both are super excited. Dropped Bella to her new Primary School. Then drop Tasha to another kindergarten school — both are Mandarin School. Then back to Bella again to ensure everything is okay. Surely a rush day today. Happy school day everyone!”

Kredit foto: Instagram @drsheikhmuszaphar

Bella Cuma Bawa RM1 Setiap Hari ke Sekolah

Ini Cara Dr. Sheikh Muszaphar Melatihnya:

“We brought sandwiches and sausages for Bella at school. It’s good to see Bella adapt very well. She truly enjoys her Chinese school making lots of friends. We packed Bella’s food since it’s difficult to get halal food. But that’s not a problem. At least we get to monitor the food that she eats. The last thing we want is to find her buying junk food from school. We give her RM1 a day for her expenditure teaching her to save money and put them into her savings. Great to be here during these precious moments.”

Hari Pertama Bella di Sekolah Agama

Ini yang Sempat dirakam Dr. Sheikh Muszaphar:

“First day at Islamic school. In the afternoon it’s Sekolah Agama. Bella is excited but slightly sleepy. Probably her first day. My doa for you Bella. Amiinn…”

Mengapa Dr. Sheikh Muszaphar Memilih Pendidikan Sekolah Mandarin Untuk Anaknya?

Ini Jawapan Dr. Sheikh Muszaphar:

“Walking Tasha to school. Many have asked me whether to send their child to a Mandarin School. Many parents are worried whether their child could cope with the language and too much homework. Also difficulty in getting halal food.”

“My answer? Mandarin School is the best choice I have made so far. The teaching technique in SJKC is amazing, students are more disciplined, kids learn a foreign language very fast since their brain are more adaptable compared to us adults and do bring home cooked meal on a daily basis. As to homework, every parent should spend an hour a day with their child to assist them with their schoolwork.”

“Surely you can complete them within that time frame and prepare them for the next day subjects. Bella was in Chinese kindergarten for 2 years before entering SJKC and Tasha too is in her second year. So they already have the basics. Try to send them for a weekly Mandarin Class prior to that. Even if they start afresh, normally the school provides extra classes for those who are weak in Mandarin.”

“So to all parents, don’t worry about it. Don’t underestimate your child abilities. They will adapt extremely fast to their new environment. They might struggle for the first one year but things will get better. Trust me… Insya-Allah.”

“PS — Today Bella told me I need not come during her tea break as she wants to be with her friends. Surely that’s a good sign but deep inside I felt Bella is growing up too fast and I’m not ready to let her go yet.”

Bella Sudah Khatam Al-Quran Sebelum Naik Darjah Satu

Lafaz Syukur Seorang Ayah:

“Alhamdulillah… Bella has completed her Quran. Have a great Monday everyone!”

Kredit foto: Instagram

Inilah Dia Kembar Comel Yang Menyerikan Lagi Keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Isteri,Datin Dr Halina

Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini di kenali ramai setelah namanya semakin naik sebagai angkasawan pertama negara. Beliau juga kemudian lebih banyak menjadi seorang motivator di samping bertugas sebagai seorang doktor perubatan di HUKM. Wajar beliau di jadikan contoh kerana beliau sangat aktif dalam pelbagai bidang selain mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kerjaya.


Dalam rumah tangga juga,Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr Halina di lihat sangat bahagia dan mereka di kurniakan 2 orang anak perempuan.

Hidup mereka semakin meriah apabila Datin Dr Halina hamil kali ketiga dan lebih istimewa, mereka di kurniakan dengan anak kembar lelaki.

Kedua-duanya kembar itu sihat dan semakin membesar.

Mengikut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, kedua-dua kembarnya itu di beri nama Sheikh Adam dan juga Sheikh Noah.

6 Teknik Keibubapaan Dr. Sheikh Muszaphar Yang Menarik Untuk Anda Cuba

Teknik keibubapaan dari Dr. Sheikh Muszaphar

Siapa tidak kenal dengan angkasawan Malaysia pertama, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha?

Suami kepada Datin Dr. Halina Mohd Yunos ini memang terkenal dengan kecerdikan dan gaya keibubapaan yang menarik dan berkesan.

Baru-baru ini, keluarga bahagia Dr. Sheikh Muszaphar semakin bertambah dengan kehadiran bayi kembar lelaki, diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Dalam IG peribadinya, beliau banyak berkongsi tip keibubapaan dan penjagaan bayi, menurut pengalaman dan ilmunya sebagai seorang doktor.

Mari kita lihat apakah saranan dan nasihat yang dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar yang boleh anda tiru dan cuba dengan anak kecil anda di rumah.

1. Pemberian suplemen demi kesejahteraan anak-anak

Doktor ini menjadikan pil suplemen sebagai amalan harian, terutama untuk dua orang anak perempuannya, Sophea Isabella (Bella) dan Sophea Natasha (Tasha).

tip jaga anak dr halina sheikh muszaphar Sumber: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

Beliau akan memberi 4 tablet Vitamin C setiap hari bagi menguatkan sistem imun badan mereka. Menurut beliau, amalan ini membantu anaknya jarang jatuh sakit atau terkena selesema.

Selain Vitamin C, Sheikh Muszaphar juga turut memberikan DHA sebagai sumber khasiat tambahan untuk perkembangan minda anak.

2. Aktiviti flashcard untuk meransang minda bayi baru lahir

Sheikh Adam dan Sheikh Noah adalah cahaya mata yang baru ditimang oleh pasangan doktor ini.

Walaupun usia bayinya masih muda, namun Dr. Sheikh Muszaphar telah pun memulakan proses menstimulasi minda dan tumbesaran bayinya.

Dalam laman IG, beliau ada berkongsi video di mana flashcards telah digunakan untuk meransang otak dan pemikiran kembarnya, Adam dan Noah.

Menurut beliau, anda boleh membuat sendiri flashcard tersebut yang menunjukkan imej nombor, bentuk, haiwan, atau apa sahaja.

Jika anda mahu mencubanya dengan anak kecil anda, angkasawan negara ini menyarankan supaya anda memulakannya dengan flashcard berwarna hitam putih.

Tunjukkan flashcards ini secara cepat kerana tahap fokus bayi adalah singkat. Lakukan aktiviti ini dalam bilik yang sunyi dan terang, berserta suara anda yang kuat.

Menarik, bukan?

Kalau ibu ayah mahu anak anda sebijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina, maka anda bolehlah mencuba aktiviti ini di rumah, 5 kali sehari sekurang-kurangnya selama 1 minggu.

3. Mengutamakan bonding antara anak dan bapa

Antara gaya keibubapaan menarik yang diamalkan oleh angkasawan negara ini adalah beliau mementingkan hubungan bonding antara anak dan bapa.

Menurut perkongsiannya, beliau menyatakan seorang ayah itu tidak dapat melawan tahap bonding antara ibu dan bayi ketika proses penyusuan badan.

Sumber: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

Maka, si ayah perlu mencari jalan lain untuk mencipta hubungan mesra dengan bayinya.

Antaranya adalah melalui aktiviti flashcards, memandikan, bermain, atau menidurkan anak.

Antara momen menyeronokkan bagi angkasawan ini adalah ketika dia menidurkan si kembarnya di atas dada.

Dia dapat merasakan kemesraan dan rasa kasih sayang, serta memaksimumkan hubungan kulit-ke-kulit antara anak dan bapa!

sumber :

http://intrend.com.my

Via

https://my.theasianparent.com

Via

https://kisahdunia.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *