Bermula 1 April ini orang ramai boleh mendapatkan kad pengenalan hanya dalam masa 45 minit sahaja

KUALA LUMPUR – Jika dahulu orang ramai terpaksa menunggu berhari-hari atau ada yang menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum kad pengenalan mereka siap. Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa mengisi borang yang panjang untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum permohonan kad dilakukan.

Tetapi semua itu tidak berlaku lagi kerana anda kini boleh mendapatkan MyKad anda dalam tempoh 45 minit selepas mengemukakan permohonan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terpilih bermula 1 April ini. Ya, kurang daripada sejam anda sudah boleh mendapatkan kad pengenalan anda!

Sumber: Firstpost
Menurut laporan The Star, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan inisiatif transformasi baru oleh jabatan itu sebagai sebahagian daripada portfolio Kementerian Dalam Negeri di program NRD di Dewan Millennium pada 15 Mac lalu.

“Jika dahulu, kita terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum mendapatkan kad pengenalan baru selepas permohonan dilakukan. Kemudian masa tersebut dipendekkan sebulan dan sekali lagi ia disingkatkan menjadi lima hari. Tetapi kini MyKad boleh siap hanya dalam tempoh 45 minit.”katanya semasa menyampaikan ucapan.

Sumber: Twitter

Pelbagai transformasi yang dijalankan oleh NRD bahkan telah menerima pengiktirafan dari badan-badan dunia sebagai sebahagian daripada inisiatif negara yang terbaik dalam mengeluarkan dokumen pengenalan.

“Penambahbaikan dilakukan setiap tahun untuk mengelakkan tiruan atau penipuan. Kami tidak akan berkompromi daripada aspek kualiti dan keselamatan terhadap MyKad,” katanya lagi.
Sumber: MyNewsHub

 

Pelajar universiti yang tiada kereta kini boleh menyewa dan menjana pendapatan sampingan dengan GrabVarsity

 

KUALA LUMPUR – Rasanya kebanyakan kita merasakan bahawa zaman belajar di universiti adalah waktu yang paling sukar dalam hidup, di mana kita berasa wang kita sentiasa tidak mencukupi, terutamanya sebelum duit PTPTN masuk ke dalam akaun bank.

Mahu minta ibu bapa, tidak sanggup pula mahu menyusahkan mereka. Paling sukar adalah mahu bergerak ke mana-mana (jika tiada kenderaan sendiri) untuk melakukan kerja lapangan, lawatan dan sebagainya.

Syukurlah, platform terbaru daripada Grab kini diperkenaIkan iaitu GrabVarsity yang berkolaborasi dengan beberapa universiti di Malaysia.

vulcanpost

Menurut The Sun Daily, usaha ini merupakan penyelesaian berkesan bagi mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh rata-rata pelajar di universiti.

“Program ini bukan sahaja dapat meringankan kehidupan pelajar-pelajar melalui pelbagai manfaat dan ganjaran gaya hidup, malahan ia juga menawarkan pengalaman kerja kepada pelajar melalui salah satu daripada empat teras program – penempatan perantis. Menerusi penempatan perantis, ia dapat memberi peluang peluang kerja sambilan kepada para pelajar bersama Grab Malaysia, di mana ia membolehkan mereka bekerja sambil belajar di samping meningkatkan kemahiran profesional untuk masa akan datang”, jelas Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh.


vulcanpost

Menerusi program pemandu Grab sementara, iaitu skim penyewaan kereta sementara oleh pelajar membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Ia bagi membantu mereka yang suka memandu tetapi tidak mempunyai kereta untuk dibawa sambil menjana pendapatan. Namun, harus diingatkan bahawa program ini hanya untuk pelajar tempatan sahaja. Manakala program penempatan perantis pula tidak terhad dan terbuka kepada semua tanpa mengambil kira warganegara.

GrabVarsity
Selain itu, waktu bekerja yang fleksibel dapat mengelakkan para pelajar daripada mengabaikan pelajaran dan tugasan mereka. Untuk pengetahuan anda, GrabVarsityhanya boleh didapati di universiti di bawah :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Difahamkan bahawa Grab akan meluaskan platform ini di institusi awam dan swasta yang lain.

Sumber : http://www.erabaru.com.my/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *