Juruterbang Ukraine yang dituduh tembak MH17 ditemui maut di rumahnya

Kapten Vladyslav Voloshyn iaitu juruterbang tentera Ukraine yang didakwa telah menembak pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 sehingga menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal maut dilaporkan telah membunuh diri.

Kredit: Glavcom
Menurut laporan daripada BBC News menerusi kenyataan pihak polis melaporkan Voloshyn telah menembak diri sendiri setelah sepucuk pistol milik tentera ditemui di rumahnya yang terletak di Mykolaiv, berhampiran Laut Hitam.

Kredit: Before It’s News

Pihak polis Mykolaiv kemudian mengeluarkan kenyataan tentang insiden tersebut di Facebook dan menyifatkan ia sebagai kes bunuh diri. Namun begitu, pihaknya akan tetap menyiasat kemungkinan ia sebagai satu pembunuhan yang dirancang.


Kredit: NST

Voloshyn yang berusia 29 tahun dikatakan telah meletak jawatan daripada tentera udara sewaktu masih bertugas di lapangan terbang Mykolaiv. Mendiang turut dianggap sebagai wira negara dan menerima anugerah keberanian setelah menyertai 33 misi ketenteraan menentang pemberontak di Timur Ukraine.

Kredit: Daily Beast

Sebelum kejadian, Voloshyn telah dituduh oleh pihak Rusia sebagai individu yang bertanggungjawab menembak pesawat MH17 yang berada di ruang udara Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Kredit: BBC News

Voloshyn bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu penipuan.

Sumber  : http://www.erabaru.com.my/2018/03/21/juruterbang-ukraine-yang-dituduh-tembak-mh17-ditemui-maut-di-rumahnya/

 

Jurutera Australia telah menjumpai MH370 menggunakan Google Earth- sejurusnya mendakwa pesawat penuh dengan lubang peluru

Seorang pakar siasatan kemalangan udara amatur Australia telah mendakwa telah menemui pesawat Malaysia Airlines MH370 melalui gambar Google Earth empat tahun selepas dunia digemparkan kehilangannya secara misteri.

Seorang jurutera mekanikal Australia mendakwa telah menemui pesawat didakwa sebagai pesawat MH370, gambar di atas menunjukkan apa yang kelihatan seperti pesawat


Sebelum kejadian tersebut, penerbangan MH370 membawa seramai 239 orang penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing apabila ia dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Peter McMahon, seorang jurutera mekanikal Australia yang telah bekerja dalam siasatan kemalangan selama lebih 25 tahun,  menegaskan bahawa beliau telah menemui pesawat itu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star Online.

Gambar kedua menunjukkan apa yang kelihatan sebagai hujung depan pesawat dan kabin di bawah permukaan air

Walaupun begitu, belum ada kenyataaan rasmi telah dikeluarkan ke atas dakwaan ini.
McMahon yang berusia 64 tahun itu berkata, beliau kerap mengimbas imej NASA dan Google Maps sejak pesawat itu dilaporkan hilang. Beliau telah menegaskan kemungkingan pesawat tersebut berada di lokasi pada jarak sekitar 16km selatan Pulau Round, sebuah pulau kecil di utara Mauritius.

Menurut McMahon, bangkai pesawat itu terletak 16km di selatan Pulau Round (gambar) yang merupakan 22.5km Utara dari Mauritius, sebuah kawasan yang belum pernah dicari sebelumnya

“Seramai empat warga Amerika dihantar ke Australia untuk menyelia penemuan MH370. Saya yakin hasil laporan penemuan daripada mereka telah dirahsiakan kepada pengetahuan orang awam, malah kerajaan Australia sendiri. Persoalannya, mengapa?” McMahon berkata.

McMahon juga membuat dakwaan yang sekerasnya. Beliau berkata pesawat itu penuh dengan lubang peluru dan mendatangkan curiga mengapa pihak berkuasa tidak mahu MH370 “ditemui” lagi kerana kapal tersebut kelihatan penuh dengan lubang peluru, ini hanya akan membuka satu lagi persoalan.
Artikel bertulis The Daily Mirror juga membawa laporan dengan berpandukan gambar yang didakwa diambil dari pesawat di Google Earth. Dalam satu tangkapan gambar, garis besar apa yang dilihat sebagai bentuk pesawat udara dapat dilihat di bawah permukaan air.

Kehilangan pesawat jet penumpang Boeing 777 disebut sebagai misteri penerbangan terbesar di dunia dan terus membingungkan pakar penerbangan dimana operasi pencarian utama untuk mencarinya menemui jalan buntu.

Teori yang diberikan terhadap pesawat (gambar) adalah bahawa ia jatuh mendarat di kawasan Lautan Hindi kira-kira enam jam selepas berlepas.

Sejak awal tahun ini, tiada bukti sahih telah ditemui melalui operasi pencarian yang dilakukan oleh sebuah syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat. Syarikat tersebut telah diberi kelulusan rasmi untuk mencari serpihan pesawat yang hilang itu. memandangkan kawasan pencarian tersebut meliputi lebih daripada 16,000km².

Salah satu serpihan pesawat yang dikatakan milik MH370

Sumber: PA

Berdasarkan laporan penemuan yang disahkan setakat ini, hanya tiga serpihan pesawat ditemui di pantai barat Lautan Hindi disahkan adalah milik pesawat MH370, termasuk komponen sayap dua meter yang dikenali sebagai flaperon.

Sumber : http://www.erabaru.com.my/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *