Ocean Infinity sasar MH370 akan ditemui dalam tempoh 30 hari

Setelah hampir empat tahun menghilang, misi pencarian bangkai pesawat MH370 akan dimulakan oleh syarikat eksplorasi persendirian, Ocean Infinity yang menyasarkan akan menemuinya dalam tempoh 30 hari.

Menurut pakar oceanografi agensi saintifik kebangsaan terkemuka Australia CSIRO, David Griffin, pihaknya telah mula menjalankan misi pencarian pesawat MH370 dan berharap akan menemuinya dalam masa sebulan.


Business Insider

“Kami berharap boleh menemui pesawat ini dalam bulan pertama pencarian. Malaysia memberikan masa selama tiga bulan untuk kami melakukan pencarian”.

“Sekarang sudah masuk minggu pertama. Kita boleh mendapat maklumat baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi,” kata David ketika mengadakan pertemuan dengan pasukan Ocean Infinity di London bulan lalu.

Bagi mengesan pesawat Boeing 777 yang dilaporkan hilang dari radar pada Mac tahun 2014, misi pencarian ini akan menggunakan bekalan alat analisis oceanografi dan kapal pencarian yang canggih serta berteknologi tinggi.


BH Online

Pencarian yang bermula sejak Isnin lalu (22 Januari) dimulakan di kawasan terpencil Lautan Hindi dan ramai pihak menaruh harapan yang tinggi terhadap pasukan Ocean Infinity untuk menyelesaikan misteri pesawat MH370 yang hilang ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sebelum ini, misi pencarian turut diterajui oleh Australia dan pihak mereka telah mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi jauh di pesisir barat benua itu selama dua tahun lebih.

Akan tetapi, kegagalan untuk mendapatkan sebarang petunjuk membuatkan misi berkenaan dihentikan pada Januari tahun lalu.


The Malay Mail Online

Jika misi baharu yang dikendalikan oleh Ocean Infinity ini berjaya, mereka bakal meraih insentif besar dengan bayaran RM274.01 juta jika berjaya menemui pesawat terbabit beserta dengan kotak hitamnya.

Sumber: BH Online

kredit : http://www.erabaru.com.my/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *