Wanita ini berjaya jimatkan bil elektrik daripada RM205 kepada hanya RM39 sebulan! Apa tipsnya?

Kita sering menggunakan elektrik dan menyesal di kemudian hari setelah melihat jumlah bil yang perlu dibayar begitu tinggi!

Kredit: PinArt
Walaupun kita telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan bil elektrik, ianya masih tidak memadai. Namun jangan bimbang, kami akan kongsikan kepada anda tips hebat daripada seorang pengguna Facebook bernama Liyana Syazwani.

Menurut Liyana, sejak mengamalkan amalan penjimatan elektrik tersebut, bil elektrik rumahnya berkurangan daripada RM205 kepada hanya RM39.89 sahaja dalam sebulan!

Berdasarkan kepada entri yang dimuat naik oleh Liyana pada 22 Disember 2015, tips yang diamalkan oleh dia dan suami adalah mereka bukan sahaja menutup plag setiap kali tidak digunakan tetapi juga mencabut plag tersebut daripada soketnya bagi mengelakkan pembaziran elektrik.

Kredit: NurseryWorld
Tambah Liyana lagi, hanya perkakas elektrik tertentu sahaja tidak dicabut plag seperti peti ais, alat penghawa dingin, ubat nyamuk elektrik dan alat pemanas air.

Hasil daripada pengalaman kaedah ini pasti akan membuatkan anda semua terbeliak kerana kadar penurunan bil setiap bulan ternyata benar-benar menakjubkan!

Lihat penurunan drastik bil elektrik yang perlu dibayar oleh Liyana setiap bulan sejak mengamalkan tips tersebut.

  • Jun – RM205
  • Julai – RM163.41 (penurunan sebanyak RM41.59)
  • Ogos – RM121.21 (penurunan sebanyak RM42.20)
  • September – Tiada catatan (bil hilang)
  • Oktober – RM63.64
  • November – RM84 (peningkatan sebanyak RM20.36)
  • Disember – RM39.89 (penurunan sebanyak RM44.11)

Kredit: Facebook
Menurut Liyana, bil elektrik dari bulan Jun hingga Ogos merupakan penggunaan biasa elektrik di rumahnya. Namun, sejak September, dia akan mencabut mana-mana plag elektrik yang tidak digunakan setiap kali suaminya bekerja di luar bandar.

Seperti mana yang anda boleh lihat, terdapat penurunan yang drastik pada jumlah bil yang perlu dibayar dan perkara ini jelas menunjukkan strategi Liyana berkesan!

“Jika anda menggunakan kipas duduk, cabut plag setiap kali meninggalkan bilik walaupun anda perlu menggunakannya lagi dalam masa beberapa jam. Haha”.

Bagaimanapun, peningkatan bil pada bulan November adalah disebabkan suaminya pulang ke rumah dan masih belum dapat membiasakan diri dengan amalan penjimatan berkenaan. Apatah lagi, suaminya kerap kali membiarkan komputer riba dicas sehingga waktu pagi.

Kredit: EasyAcc

Namun, sebaik sahaja suami Liyana sudah biasa dengan tabiat mencabut plag tersebut, bil elektrik rumah mereka mencatatkan penurunan sekali lagi.

Jadi, anda mungkin patut ikuti tips daripada Liyana ini supaya bil elektrik di rumah anda tidak mencanak begitu tinggi!

Sumber : http://www.erabaru.com.my/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *