5 Sebab Ramai Orang Perempuan Jadi ‘Hantu Coklat’

Selain kanak-kanak, coklat memang menjadi kegemaran hampir kesemua perempuan. Ia sering dijadikan hadiah semasa harijadi, ulangtahun, atau memperingati hari-hari istimewa. Kalau nak pujuk pasangan pun, coklat adalah pilihan yang tepat dan selamat.

Berbanding lelaki, secara statistiknya wanita lebih suka makan coklat. Sebenarnya, ada alasan saintifik yang membuatkan coklat begitu sinonim dengan orang perempuan.

5 ALASAN SAINTIFIK KENAPA ORANG PEREMPUAN PERLUKAN COKLAT DALAM HIDUP MEREKA

1. PEREMPUAN CEPAT STRES

Menurut laporan melalui TIME, wanita lebih stres berbanding lelaki disebabkan pelbagai faktor. Ini mungkin disebabkan oleh fungsi otak wanita yang secara semulajadinya lebih responsif terhadap emosi negatif. Apabila seseorang wanita mengalami atau melihat sesuatu yang menyukarkan atau menyedihkan, bahagian otak mereka lebih terfokus terhadap emosi dan perasaan berbanding otak lelaki yang akan memfokuskan pada fungsi logik.

Kombinasi aroma, tekstur, serta rasa coklat itu terbukti akan dapat memberi kesan psikologi terhadap wanita dengan menstimulasikan rasa ‘seronok’ pada otak. Dopamineyang terhasil dengan setiap gigitan coklat mampu menaikkan kembali ‘mood’ mereka.

Selain dopamine, endorphin juga akan terhasil di mana komponen ini membantu menurunkan kadar stres dan sekaligus membolehkan tubuh kita berfungsi dengan lebih efisyen.

2. PERUBAHAN HORMON & MENSTRUASI

Kajian menunjukkan rasa teringin memakan coklat ada dikaitkan dengan perubahan hormon wanita yang berlaku terutamanya semasa hampir datang bulan atau ketika hamil. Dalam tempoh ini, tubuh wanita memerlukan lebih Magnesium untuk keperluan harian mereka.

Walaupun bukan sumber Magnesium utama, namun coklat gelap atau dark chocolate yang mengandungi kira-kira 176 mg Magnesium di setiap 100 gram hidangannya. Sedikit sebanyak ia menerangkan mengapa tubuh kita lebih lagi rasa ‘teringin’ memakannya untuk meredakan PMS (Pre-Menstrual Syndrome).

makan coklat ketika mengandung

Foto Kredit: babbyy.com

3. IA SESUATU YANG ‘FEMININ’

Dalam satu pendapat yang lain yang diketengahkan oleh Elite Daily, ada yang mengatakan bahawa sejak turun-temurun, cara pembungkusan coklat dianggap sesuatu yang feminin. Lihat saja iklan-iklan komersial seperti di televisyen atau poster, coklat lebih sering diiklankan oleh para wanita berbanding lelaki.

Tabiat memakan coklat itu juga dianggap sesuatu yang lebih ‘keperempuanan’. Secara tidak langsung, tak ramai lelaki yang mahu mengakui bahawa mereka juga sukakan coklat.

Foto Kredit: thechocolatetruffle.com

4. COKLAT TAK PERNAH MENGECEWAKAN

Pemerhatian mendapati bahawa ramai yang menganggap memakan coklat adalah lebih ‘mengujakan’ berbanding mendengar lagu kegemaran, menang loteri, atau jatuh cinta! Jika difikirkan semula, ia mungkin tidak begitu mengejutkan, bukan?

Coklat memang tak pernah mengecewakan berbanding sesiapa atau apa-apa saja. Ia hampir memberi kelegaan serta-merta kepada seseorang yang memakannya dalam apa jua keadaan.

Foto Kredit: thetelegraph.com

5. KETAGIHAN

Alasan terakhir mengapa perempuan ‘perlukan’ coklat adalah kerana kandungan dalam bahan dalam coklat itu sendiri yang menyebabkan ketagihan.

Dalam satu penelitian, coklat didapati mengandungi bahan kimia yang aktif secara biologi. Kandungan alkaloid yang dimiliki alkohol juga terkandung di dalam coklat. Ia menyebabkan pemakannya berasa ketagih dan sukar membendung rasa ingin memakannya. Jadi, lebih banyak kita memakannya, lebih ketagih kita terhadapnya.

Cara memuaskan diri sendiri

Foto Kredit: gg2.net

JADI, ADAKAH COKLAT BFF ANDA?

Tak dinafikan bahawa coklat mengandungi bahan yang baik untuk tubuh secara fizikal mahupun psikologikal. Wanita terutamanya lebih cenderung memakan coklat kerana mudah dipengaruhi emosi berbanding lelaki. Namun, perlu diingat bahawa coklat komersial banyak dicampur dengan gula dan lemak untuk menjadikannya lebih sedap.

Oleh itu, bersederhanalah dalam pengambilannya dan baca label dengan teliti sebelum memakan apa jua makanan termasuklah coklat. Seeloknya, biasakan diri memakan coklat gelap atau coklat kurang manis untuk kesihatan tubuh yang ideal.

Sumber : https://siraplimau.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *