Kerosakan pada pintu kargo punca ratusan jongkong emas bertaburan di atas sebuah landasan kapal terbang di Rusia

Landasan sebuah lapangan terbang di Russia dipenuhi emas apabila pintu pesawat kargo Anotov yang membawa bahan berharga tersebut dikatakan telah terbuka ketika berlepas. Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku dua hari lalu.

Pesawat yang sarat dengan tan aloi perak emas telah itu dilaporkan sedang berlepas dari lapangan terbang Yakutsk di Siberia selepas mengisi minyak. Sejumlah 200 jongkong emas, masing-masing seberat kira-kira 20kg (44 paun), dilihat bertaburan di landasan.


Jawatankuasa Siasatan Russia mengatakan bahawa, ketika pesawat semakin terbang tinggi pintu kargo rosak disebabkan pergerakan kargo dan menyebabkan sebahagian emas jatuh bertaburan di atas landasan. Kejadian tersebut telah memaksa pesawat tersebut untuk berpatah balik.

Menurut laporan berita tempatan Yakutmedia, pihak polis kemudian menutup kawasan tersebut bagi mengelakkan penduduk tempatan datang ke sana untuk mengambil jongkong emas yang bertaburan.

Setiap jongkong emas dipercayai mempunyai berat sekitar 20kg

Pihak polis telah melancarkan siasatan ke atas punca kemalangan tersebut.

Sumber: BBC News

via : http://www.erabaru.com.my

AWAS! Bercakap dengan telefon bimbit ketika sedang dicas, seorang remaja perempuan dari India maut selepas telefon bimbit itu meletup

Ramai yang tahu bahawa menggunakan telefon ketika telefon dicas adalah sesuatu yang bahaya. Sebelum ini sudah banyak kemalangan jiwa yang berlaku ekoran perbuatan ini namun masih ramai yang mengendahkannya.

Baru-baru ini, sebuah lagi kemalangan meragut nyawa telah dilaporkan berlaku di India melibatkan seorang remaja perempuan 18 tahun yang terbunuh dalam kejadian itu. Remaja yang berasal dari Odisha, India tu dilaporkan meninggal dunia selepas dia bercakap pada telefon bimbitnya ketika telefonnya dicas.

Sumber: Daily Mail
Menurut The New Indian Express, Uma Oram menggunakan telefonnya sebelum meletup. Dia dikatakan sedang bercakap di telefon dengan seorang saudara ketika dia melihat bahawa bateri telefon bimbitnya sudah lemah dan dia  memutuskan untuk mengecasnya.

Dia kemudian mengecas telefonnya dan meneruskan perbualannya. Tiba-tiba, tragedi melanda apabila telefon bimbitnya meletup mengakibatkan remaja itu tidak sedarkan diri. Dia kemudian segera dikejarkan ke hospital dalam keadaan dia mengalami cedera parah pada tangan, dada dan kaki.

Sumber: Daily Mail

Malangnya, apabila dia tiba di Hospital Daerah, dia diisytiharkan telah meninggal dunia oleh doktor di sana. Saudaranya, Durga Prasad Oram berkata,

“Telefon bimbit itu dicas apabila dia mula bercakap dengan seorang saudara. Baterinya meletup tiba-tiba. Sebelum kita tahu apa sebenarnya yang berlaku, Uma jatuh tidak sedarkan diri. Dia diisytiharkan meninggal dunia di hospital.”
Tidak jelas apa model telefon itu tetapi foto menunjukkan telefon bimbit yang digunakan ialah berjenama. Keluarga Uma telah meminta pampasan daripada pengeluar telefon kerana mereka mengatakan bahawa telefon tersebut sebenarnya masih baru dilancarkan iaitu pada tahun lepas.

Sumber: Daily Mail

Walau bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa Nokia telah menafikan bahawa telefon itu dikeluarkan atau dijual oleh HMD Global.

“Walaupun kami tidak dapat mengesahkan fakta dari mana-mana laporan ini, kami dapat mengesahkan bahawa telefon bimbit yang dimaksudkan itu tidak dibuat atau dijual oleh HMD Global,  yang ditubuhkan pada tahun 2017 untuk menghasilkan peranti baru bagi Nokia. Di HMD Global, kami komited untuk menghasilkan telefon bimbit  berkualiti tinggi. “

Polis kini sedang menyiasat kes itu dan mayat Uma telah dihantar untuk dibedah siasat.
Mungkin kerana percaya dengan jenama telefon bimbit yang terkenal membuatkan ramai yang hanya pandang sebelah mata akan berita-berita kemalangan yang dilaporkan. Ketahuilah bahawa malang tidak berbau. Berhati-hatilah supaya anda atau keluarga anda tidak menjadi mangsa dalam kemalangan seperti ini.

Sumber : http://www.erabaru.com.my

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *